Greetings

July 16, 2013

The Spirits Revives!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabarkah kalian sepanjang peninggalan aku di dunia blog ini?

Alhamdulillah, akhirnya aku mempunyai sedikit masa untuk aku luangkan di sini. Alhamdulillah. Sebelum kalian meneruskan pembacaan, harap kalian sudi mendoakan kebaikan pada muslim yang berada di Mesir, Syria, Gaza, Palestin, Mali, Sudan, Turki, Bangladesh dan seluruh umat Islam di muka bumi ini. Terima kasih.

Berdasarkan tajuk yang berada di atas, aku harap kalian dapat mengagak apa yang aku ceritakan di sini. 

Ya, mengenai semangat. 

dari sini 

Bukan, bukan semangat hantu mahupun semangat kesukanan kampung pasir terbelah yang telah memenangi acara lompat berpagar secara berjemaah melalui saf-safnya yang tersusun rapat. 

Bukan.

Ianya mengenai semangat aku yang semakin berkurang sebelum ini kerana ujian/mehnah/tribulasi yang dihadapi. Ujian yang telah mendidik aku supaya tidak melihat dunia ini dengan hanya sepasang mata fizikal. Namun ujian ini telah mendidik aku supaya memandang dunia ini dengan sepasang mata hati, sepasang mata yang menggunakan al-quran dan sunnah Muhammad S.A.W sebagai kacamatanya. 

Kehilangan orang yang diantaranya aku cintai kerana Allah, iaitu seorang al-akh yang sudi menjadikan telinganya sebagai tempat luahan hatiku, diuji dengan pelbagai masalah yang berlaku terhadap perkara-perkara yang aku sendiri tidak menjangka menyebabkan aku melarikan diri dari medan perjuangan aku. Dan aku mula menyibukkan diri dengan perkara-perkara lain selain menjalankan proses dakwah dan tarbiyah.

Lari. Daripada mereka yang bersama-sama denganku dalam perjuangan ini.

Aku mula untuk menilai diriku semula. Mencari-cari rentakku yang telah lama hilang sejak kehilangan al-akh itu. Mencari-cari kekuatan dari kalamNya, cuba untuk mengubati hati yang agak lusuh. 

Dikejutkan pula dengan situasi yang berlaku di Mesir, aku bertambah rasa lemah. Sedih dengan apa yang berlaku di sana. Dan aku menangis di dalam hati tatkala membaca berita-berita itu. Aku berasa sungguh lemah. Sehinggakan aku mengabaikan anak-anak usrahku, yang dahagakan bulatan gumbira bersama-sama denganku. Melarikan diri daripada duduk bersama-sama ikhwah. Menangis seorang diri.

Namun, setelah beberapa perkara telah diselesaikan. Aku mula mendapat rentakku sedikit demi sedikit. Namun masih lemah. Dan aku cuba untuk mengutip semula lebihan semangat yang ada untuk meneruskan hidupku. 

asal gambar ini

Akhirnya, Alhamdulillah. Hamasah yang aku cari selama ini telah datang semula. Semangat yang inginkan perubahan ke arah kebaikan ini mula merasuki diriku. Semangat ke arah kebaikan pada masa hadapan membuatkan aku kembali menemui rentakku semula. Alhamdulillah, segala pujian hanya kepada Tuhan.

Apa yang aku belajar dari ujian-ujian ini?

Aku mendapati aku terlalu bergantung kepada manusia sekeliling aku. Namun aku tidak meletakkan kebergantungan aku kepada Allah. Kerana Dialah yang sepatutnya aku bergantung segalanya, serahkan segala urusan kepadaNya, setelah aku menjalankan apa yang patut aku lakukan. Ternyata, ia tidak mengecewakan.

p/s: maafkan ana wahai ikhwah. kerana melarikan diri dari antum. maaf. T_T

March 28, 2013

Friendship?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua sekali. Sihat?

Izinkan aku terus pergi ke titik itu (straight to the point). Lagipun aku yakin bahawa kalian telah melihat tajuk di atas dan dapat menangkap dengan apa yang aku cuba untuk sampaikan. Ukhuwah. Ya, ukhuwah. korang dah start garu kepala? bagus.

Ukhuwah maksudnya persahabatan. Dan persahabatan itu maksudnya friendship dalam bahasa inggeris. Oleh itu, apakah persahabatan yang aku cuba untuk tekankan kepada kalian yang membacanya?

Aku pernah satu tweet yang ditaip oleh seorang hamba Allah dengan mengatakan begini:
"Nasib baik imam kat depan aku ni orang menyokong parti X. Sebab dia banyak kutuk parti Y dalam ceramah dia. Kalau dia pengikut parti Y, aku takkan datang la masjid ni lagi"
Sejujurnya dikatakan, inilah yang dikatakan fanatisma dan extremisma dalam fahaman politik. Disebabkan kerana parti yang berbeza,  sanggup dirinya sang penulis tweet ini ok, bukan aku mencari masjid lain jika imamnya berfahaman parti selain dari dirinya. Sungguh, aku kecewa dan sedih kerana masih ada yang tidak matang dalam berpolitik. Namun, apakah perkaitan ayat di atas dengan tajuk yang aku ingin bawakan?

Secara teorinya, aku mendapati bahawa empunya tweet berukhuwah kerana kepartiannya. Ukhuwah. Dan dari sinilah aku telah menjumpai 3 jenis ukhuwah yang berlaku pada zaman sekarang. 

Ukhuwah fillah - persahabatan kerana Allah.

Ukhuwah fi dunya - persahabatan kerana keduniaan.

Ukhuwah fi jahiliyah - persahabatan kerana jahiliyahnya.

Apakah yang dimaksudkan ketiga-tiga istilah ini? Adakah ianya berkaitan dengan pengganasan yang berlaku? Atau ianya adalah kod-kod pelancar nuklear yang akan meletus pada bila-bila masa? garu tengkuk pulak. sabar, sabar.

Perkara yang aku ingin jelaskan adalah persahabatan itu sendiri. Bagaimanakah kita dalam bersahabat. Apakah tujuan kita bersahabat dengan seseorang yang kita kenali. Kemanakah kita ingin pergi apabila kita bersahabat dengan seseorang. Dan ini adalah ayat penyata, bukan soalan. 


Punca Gambar


Jadi, untuk meringkaskan cerita. Ukhuwah fillah itu mereka bersahabat kerana Allah. Segala yang membawa kepada kasih sayang Allah akan membuatkan persahabatan mereka semakin akrab. Apabila melihat sahabat mereka itu semakin jauh daripada Allah, maka tugasnya adalah membawanya kembali mendekatiNya. Itu adalah ukhuwah fillah. senyum sendiri.

Namun, bagi ukhuwah fi dunya adalah berbeza dengan ayat-ayat di atas. Perbezaannya adalah punca persahabatan itu sendiri. Mereka bersahabat atas kelebihan keduniaannya. Sebagai contoh. 


Abang A berkawan rapat dengan Adik D kerana Adik D inginkan ilmu berenang kuak lentang dan kuak kupu-kupu secara istiqamah daripada Abang A. Disebabkan Abang A merupakan perenang sejati yang telah memenangi anugerah perenang terpantas peringkat Kampung Pasir Berdengung, maka Adik D terus menerus mendekati beliau. 

Faham? 

Tetapi, ukhuwah fi jahiliyah itu merupakan ukhuwah yang paling sila sambung dengan ayat sendiri. Jahiliyah ialah perkara yang membuatkan kita leka dan lalai dari mengingati Tuhan, leka dan alpa dari mengingati kematian, leka dan lupa dari mengingati bahawa betapa sekejapnya dunia dan betapa selamanya akhirat. Mereka bersahabat disebabkan perkara jahat yang sama mereka ingin lakukan. Contoh. 
Kumpulan Rewang Sakan merupakan kumpulan rompakan yang termahsyur di Daerah Sukarjho. Ianya terdiri daripada 5 orang yang kesemuanya adalah bekas-bekas ahli perniagaan yang muflis suatu ketika dahulu. Mereka muflis disebabkan oleh penipuan dan segala macam korupsi yang mereka jalan secara teratur dan bersepadu. 'Saling Melengkapi', itulah slogan mereka berlima ketika menjalankan aktiviti-aktiviti penipuan semasa arena perniagaan dahulu dan semasa rompakan pada masa sekarang. 
Inilah contoh ukhuwah fi jahiliyah. Aku harap korang mengerti dengan apa yang aku cuba untuk sampaikan. Ada persoalan? Taipnya di komen dibawah. InsyaAllah, aku akan melayan persoalan kalian. 

Last but not least, semoga kita semua berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. :-)

March 20, 2013

Mencari Rusuk Kiri Yang Tulen?

Assalamualaikum dan hello semua! Aku harap kalian semua sihat sebelum, semasa dan selepas membaca blog aku. Well, sudah lama aku tidak menghapdet blog ini dengan post-post yang terbaru. Aku terharu dengan kesabaran korang demi menunggu kehadiran post yang ini. Potong serpihan itu (baca:cut the crap), post kali ini akan aku highlightkan tajuk di atas. Sudah bersedia?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...