Greetings

October 23, 2012

Gone With The Spirit?

Assalamualaikum dan Hello. Terima kasih sangat-sangat kepada korang semua yang sudi klik link yang aku tampal (baca : attach) pada wall yang berkaitan. Aku harap korang semua sihat dari segi mental mahupun fizikal serta emosi sebelum meneruskan pembacaan dalam post ini. Kalau nak teruskan, sila klik atau skrolkan mouse korang ke bawah. Dan kalau tidak mahu teruskan, sila tekan butang 'x' yang berada pada tab korang. skang ni boleh buat cmtu kan? even IE pun ada cmtu.. hehe..

October 19, 2012

Pendedahan? Apa?



uhuk uhuk.. ehem ehem..

Assalamualaikum and Hello semua. Aku harap korang semua sihat-sihat belaka ok. Well, akhirnya aku ada masa juga untuk menghabiskan post ini setelah tertangguh selama 2 bulan. Banyak benda yang lebih memerlukan aku. Setelah aku mengetahui tanggungjawab sebenar seorang muslim, hampir aku tidak senang duduk memikirkannya. korang x nak tau kisah aku ea? ok. Memandangkan post kali ini tidak nampak seperti sekata dan seimbang, namun aku akan cuba untuk menjadikan ia tidak senget mahupun terbalik. 

Alhamdulillah. Hanya perkataan itu yang mampu aku taipkan tatkala aku melihat video di atas. Kerana aku hampir hanyut akibat kesedihan yang melampau sehinggakan cipan pun boleh kalah dengan kesedihan aku. eh? Aku melihat orang Islam sendiri telah menjadi fitnah terhadap agamanya. Dan kita pula senang untuk memper'malaikat'kan dan memper'syaitan'kan sesetengah manusia yang kita jumpai. Jadi, apa kaitan tulisan aku dengan tajuk yang aku cuba nak sampaikan?

Aku yakin yang majoriti pembaca blog ini tahu mengenai aurat. Kalau tidak tahu, korang boleh rujuk kepada buku PAFA atau ustaz mahupun ustazah yang berhampiran dengan kawasan perumahan korang. Kalau nak senang korang usha dalam google untuk nak tahu. 

Aurat, mesti ramai kaitkan benda ini dengan perempuan, wanita serta gadis. Namun, aku ingin sekali, dua kali malah berkali-kali ingatkan bahawa kaum lelaki juga mempunyai aurat yang perlu ditutup. Bukan bermakna aku ingin lepaskan isu aurat mengenai wanita, malah aku ingin memberitahu tentang aurat kedua-duanya sekali. Adakah korang faham dengan apa yang aku maksudkan? Efek cengkerik.

Selalu aku lihat bahawa aurat WANITA SAHAJA yang perlu ditutup, sedangkan aurat lelaki boleh didedah mahupun ditunjuk sana sini. Well, sebagai lelaki, aku tahu bahawa kawasan yang perlu ditutup itu adalah kecil jika dibandingkan dengan wanita. NAMUN, itu tidak boleh dijadikan alasan kepada kita, TERUTAMANYA lelaki untuk mendedahkan auratnya. 


kuah durian. nak??

Kebanyakan lelaki hanya memakai boxer sahaja untuk tidur. Dan lelaki juga memakai seluar pendek untuk bersukan. Alasannya senang sahaja, 'senang sikit nak bergerak' atau 'pakai selimut nanti, dorang tak nampak punyee'. Bagi aku, alasan ini tetap susah untuk diterima pakai.

Bagi aku, aurat perlu ditutup juga. Selama ini, aku lihat sesetengah lelaki memakai seluar panjang dgn baju skali ok boleh sahaja pergi bermain bola mahupun futsal. Malah mereka dengan berlari-lari anak boleh mendaki gunung serta meluncur ke arah kolam renang. err. Malah, jika ditutup aurat itu mahupun kita tidur, maka tidak susah kita mencari seluar panjang jika berlakunya kecemasan seperti kebakaran mahupun gempa bumi atau apa-apa bencana sekalipun. So, apakah alasan lagi untuk membuka aurat?

Bagi wanita, aku hanya ingin menambah sedikit sahaja. Tudung atau Hijab atau Jilbab itu bukan hanya PENGGANTI kepada rambut. Sememangnya korang semua ingin dilihat cantik, namun jika korang memahami erti Hijab yang sebenar, korang pasti lagi cantik malah menjadi perbualan penduduk di langit kelak. Kalau korang semua tengok kembali video di atas, dia telah menerangkan majoriti yang aku ingin tuliskan.

So, aku harap kita semua TERUTAMA lelaki boleh faham dengan apa yang aku cuba untuk beritahu. Terima kasih kepada kalian kerana sudi membaca blog yang marhaen ini.

Last but not least, semoga kita semua berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. Assalamualaikum and chow. :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...