Greetings

March 20, 2013

Mencari Rusuk Kiri Yang Tulen?

Assalamualaikum dan hello semua! Aku harap kalian semua sihat sebelum, semasa dan selepas membaca blog aku. Well, sudah lama aku tidak menghapdet blog ini dengan post-post yang terbaru. Aku terharu dengan kesabaran korang demi menunggu kehadiran post yang ini. Potong serpihan itu (baca:cut the crap), post kali ini akan aku highlightkan tajuk di atas. Sudah bersedia?

Sudah lama aku memerhatikan mereka yang mengucapkan kalimah syahadah. Terutama di laman facebook mahupun twitter dan tidak terkecuali blog-blog dan laman-laman web yang lain. Dan, yang menjadi 'tumpu'an serta 'fokus'an adalah mencari pasangan. Ye, korang tidak salah blog, aku menceritakan mengenai orang islam di malaysia ini yang terlalu sibuk mencari pasangan. Suka korang bila tengok tajuk di atas ye.efek cengkerik

Well, memang tidak salah untuk mencari pasangan yang beriman. Tetapi adakah kita cukup beriman untuk mendapatkannya?

Soalan ini aku berikan kepada diri aku dan korang semua. Dalam satu perkataan iaitu KITA. Kita sibuk menulis yang kita inginkan suami yang soleh yang mampu membimbing kita ke syurgaNya / isteri yang solehah yang mampu membantu kita ke syurgaNya. Namun diri kita sendiri terabai dalam mengejar syurgaNya. Memang kita mengabaikannya.

Manakan tidak, TERLALU sibuk mencari sehingga solat yang wajib ditinggalkan. Terlalu sibuk melayan sehingga al-quran diabaikan. Jadi, sememangnya kita terlalu sibuk untuk perkara seperti itu. Kita hanya sibuk untuk mencari pasangan. Kononnya, dengan mencari pasangan beginilah kita mampu menjadi seorang yang soleh atau solehah. Namun, adakah pasangan mampu menjadikan kita soleh atau solehah?

Melalui pembacaan aku dalam sebuah buku iaitu Sebelum Aku Bernikah karya Hilal Asyraf, aku dapat merasakan yang beliau cuba untuk menekankan aspek pembetulan dan persiapan diri sebelum melangkah ke arah perkahwinan. Dan aku dapat memahami betapa beliau cuba untuk memberitahu bahawa persiapan diri itu tidak melibatkan berpasangan sebelum bernikah. Dan aku merasakan kalian patut membaca buku ini. Baik untuk mereka yang kononnya ingin mencari pasangan yang soleh lagi solehah. ana bukan nak promot nta punya buku ye akh Hilal.. hehe.. tapi buku nta tu best.. hehe.. Ok?

empunya gambo


Jadi, aku ingin menekankan bahawasanya persiapan diri itu lebih penting dalam menentukan siapakah pasangan pada masa akan datang. Bukan setakat menulis status di facebook, berkicau di twitter mahupun menjadi panglima papan kekunci ketika menghuraikan isu agama. Aku yakin korang pernah baca ayat ini:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, danlelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nur 24:26)
Dari ayat ini, Allah memberitahu kita bahawa pasangan kita adalah merupakan refleksi dari diri kita sendiri. Seandainya kita berusaha merubah diri kita menjadi semakin baik, maka pasangan yang akan bersama kita menjadi semakin baik. Dan perkara yang sebaliknya akan berlaku. Malah jika kita hanya menjadi panglima papan kekunci, berkemungkinan juga adalah pasangan kita adalah serikandi papan kekunci. tak smestinya yang laki je ok! pompuan pun sme je.. hehe.. Jadi, adakah kalian menginginkan suami/isteri yang mampu membawa kalian ke syurga?

Maka persiapkan diri kita yang mampu membawa diri kita ke syurgaNya. Cuba korang baca ayat ini:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim 66:6)
Jadi, korang semua sudah faham kah? Oleh itu, aku harap korang semua mengerti bahawa pasangan yang akan menjadi suami atau isteri merupakan refleksi dari perbuatan kita sendiri. Seandainya kita tidak mampu untuk mengelakkan diri kita dari nerakaNya, maka kita hanya bermimpi untuk mendapatkan pasangan akan datang yang membantu kita ke syurgaNya. Ok? 

Last but not least, semoga kita berada dalam kerahmatan dan keredhaan Allah s.w.t. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...