Greetings

January 15, 2014

Siapa Yang Tidak Mahu?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabarkah kalian semua?

Sudah lama sangat-sangat aku tidak menjengah blog aku ni. Teramat sibuk dengan urusan - urusan dunia sehingga langsung melupakan blog ini. *batuk* Maaf, bukan bermakna tidak sihat. Melambangkan begitu banyak habuk yang berada dalam blog ini. Ayuh teruskan agenda yang seterusnya. Apa yang aku ingin sampaikan kali ini?

SYURGA.

Siapa yang tidak mahu syurga? 

Ini merupakan satu soalan daripada aku kepada kalian semua. Ya, siapa yang tidak mahu akan syurga? Syurga itu dilimpahi dengan pelbagai perkara yang tidak terjangkau oleh akal kita sendiri. Begitu banyak personifikasi yang Tuhan berikan kepada kita dalam men'imaginasi'kan pengakhiran yang selalu kita impikan.

Sungai yang tiada penghujung, kita mampu minum sebanyak mungkin.

Makanan yang sedap, enak dan menyelerakan datang kepada kita. Dengan hanya memikirkan tentangnya.

Bidadari yang cantik, menawan dan 'cun', sehingga kalah wanita di dunia. Yang tidak dilihat apatah lagi diusik oleh lelaki lain.

Bertemu dengan Tuhan secara 'face to face' tanpa ada penghalang di antaranya.

Tiada kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, tidak dikenakan cukai dan tidak perlu membayar apa-apa. 

Yang ada hanyalah bahagia. Malah lebih lagi.

Aku menulis ini kerana aku terpandang sebuah 'status' facebook kawanku. Agak terkesan juga dengan apa yang ditulisnya itu. Bukan kerana aku tidak suka, terkesan kerana aku sendiri tidak berfikir seperti itu. Aku terlampau selesa dengan apa yang aku hadapi sekarang, sehingga aku terlupa bahawa di sekelilingku masih ramai yang belum menjumpai jalan ke syurgaNya. Dan aku masih lagi lalai.
sumber
Merasakan bahawa hidup dalam lingkungan manusia-manusia yang baik itu akan menyelamatkan aku dari segala kejahatan-kejahatan yang berada di luar sana. Aku lari daripada dunia luar yang penuh dengan pancaroba, dengan harapan aku boleh fokus pada urusan 'baik' aku. Walhal, masih ada lagi manusia-manusia diluar sana yang menginginkan cahaya yang menyuluh mereka ke jalan ke syurgaNya. Ya, mereka menginginkannya tapi tidak tahu hendak ke mana dalam mencari cahaya itu. 

Sebahagian mereka mula mencari dan mencari. Tetapi, apa yang mereka jumpa adalah tebing-tebing yang ingin menjunamkan mereka lebih dalam ke arah jurang kegelapan. Dan apabila disampaikan penjumpaannya itu, dituduh pula sebagai

Munafik!

Sesat!

Kafir!

Adakah itu yang diajar oleh islam? Melabel orang lain sesuka hati tanpa menyelidikinya terlebih dahulu?

Teringat aku akan kisah peperangan di antara Khalid al-Walid menentang tentera parsi. Sewaktu beliau menjumpai Rustum, panglima tentera parsi ketika itu, ditanyakan kepada Rustum suatu perkara:

"Sudikah engkau memeluk agama islam?"

Rustum menolak pelawaan itu dan terjadilah pertempuran antara orang islam dan orang parsi. Akhirnya, tentera islam berjaya menjatuhkan kerajaan parsi yang telah menjadi sebuah empayar suatu ketika dahulu dan membebaskan wilayah-wilayahnya.

Syurga. 

Bukan untuk mereka yang merasakan mereka ingin ke syurga sahaja, tetapi untuk mereka yang meyakini dan terus melakukan perkara-perkara yang membawa diri mereka ke syurgaNya. 

Bukan sekadar berbicara, yakin dan terus lakukan perbuatan-perbuatan.
Ianya sebagai motivasi untuk mereka yang menghadapi pelbagai ujian yang berat, mahupun yang ringan dalam melakukan perbuatan-perbuatan itu. Ianya motivasi bagi mereka yang terus-menerus mengejar cahaya yang menyuluh mereka ke jalan ke syurgaNya. Meskipun jalannya itu penuh dengan duri, kaca yang tercacak, jalan yang berbonggol-bonggol, tiada tempat rehat RnR, malah hampir kehabisan minyak. *walaupun minyak mahal*

Salah aku ketika melihat ada yang masih lagi hanyut dalam kegelapan. Seolah-olah tiada langsung cahaya untuk mereka pandu sebagai penunjuk. 

Sedih.

Kerana cahaya itu sudah lama sampai di muka bumi ini. Pembawa cahaya itu pun sudah menyebarkan cahaya itu ke seluruh dunia. Melalui pelbagai cara. Sehinggakan ada di antara mengatakan:

"Seandainya aku mengetahui ada daratan di hadapanku, pasti aku akan pergi dan sebarkan 'cahaya' di sana."

Moga kita semua menjumpai dan mengikuti cahaya itu ke syurgaNya. Lagipun, siapa yang tidak mahu ke syurga selain kita bukan? *senyum*

Last but not least, semoga kita semua berada dalam redha dan rahmatNya. Assalamualaikum and chow. :-)

1 comment:

  1. Allah, moga kita senantiasa dilindunginya dan diberikan kekuatan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...