Greetings

June 21, 2011

Berubah??? Kenapa???


Assalamualaikum and hello! Aku mintak maaf sangat-sangat sebab post aku sebelum ni aku delete. Sebab setelah aku kaji semula hasil penulisan aku, rupa-rupanya gaya aku terlalu extremist. What, EXTREMIST? Ape kaitan benda tu dengan post kali ni? Ok la, sebelum ni aku memberikan pendapat yang agak melampau, so, lepas ni aku akan bagi post yang ringan-ringan sahaja. MUAHAHAHA!!! 

Ok, thats enough. Berbalik kepada tajuk diatas asal bajet skema sangat nie??? Berubah? Apa yang dimaksudkan dengan BERUBAH? Ape kaitannya dengan hidup aku? Well, memang menipu la kalu korang cakap yang korang masih tak berubah. Want to know why? Sebab dia adalah *bunyi dram* memang korang kena berubah la. Hua,hua,hua. Ok-ok, this is little bit serious. Maksud aku, setiap manusia pasti berubah. Tak kira cepat atau lambat, PASTI, aku taip lagi sekali, P.A.S.T.I berubah. Melalui pembesaran kita, secara automatiknya kita berubah. Melalui ape?

Well, macam-macam. Fikiran, emosi, badan, and, and, and, perbuatan. Kenapa kita berubah? Ha, soalan agak rumit bagi aku. Kenapa? Sebab, ada pelbagai sebab kita boleh berubah. As example, persekitaran boleh buat kita berubah. Paham tak? Apa, tak faham? Alamak, ok-ok, cam ni, contoh la korang pergi ke tempat yang kuat pegangan Islamnya, setiap kali azan je sume lelaki pergi masjid, korang je yang tak pergi lagi, so, korang mesti rasa GANJIL kan? 

Then, korang pun follow la komuniti kat situ g solat kat masjid sampai la dah satu hari korang tak perlu diajak lagi pergi ke masjid. Sebab perkara tu dah jadi tabiat korang. So, secara automatikalinya korang sudah terbiasa dengan pergi ke masjid. Itu yang dinamakan BERUBAH a.k.a PERUBAHAN DIRI. Dah paham? 

Alhamdulillah, good reader. Thats why la aku taip yang setiap manusia pasti berubah. Ini kerana setiap berlaku PASTI ada sebab kenapa ia berlaku. Kita tidak semestinya baik sentiasa kerana satu hari nanti kita pasti akan membuat kesilapan. DAN kita tidak semestinya jahat sentiasa kerana satu hari nanti kita pasti akan jumpa dengan kebaikan. 

So, bak kata pepatah yang dibuat oleh aku sendiri tangan ke dada, mata ke atas boleh menghakimi sesuatu buku itu melalui kulitnya TETAPI mestilah berbaik sangka dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Berbaik sangka kan ada dalam salah satu sifat-sifat yang terpuji. Last but not least, semoga kita semua berada dalam keredhaan Allah. Chow, Assalamualaikum. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...