Greetings

August 6, 2012

Kesedihan Yang Melampau Tahap Cipan? eh.

Assalamualaikum dan Hello! Apa khabar readers semua? Aku harap semasa korang tengah membaca post aku yang terbaru ini, korang berada dalam keadaan sihat sejahtera. Walaupun korang tengah berpuasa sekarang ini. Betul tak? Well, pada post sebelum ini aku pernah menaipkan beberapa soalan trivia untuk korang semua cari jawapannya. Betul kan? tolong la angguk even aku tak nampak.. huhu.. Alhamdulillah, mesti korang semua pandai-pandai kan? Well, let's us check either your answer truth or not. 

Soalan Trivianya: sila buat efek dram sndri di dalam minda korang.. 

1. Apa yang terjadi pada Palestin sewaktu tahun 1948?


Pada tahun berlakunya musibah terhadap negara Palestin. Kerana pada waktu Palestin telah DIJAJAH oleh zionis dan mereka telah menghalau penduduk asal Palestin secara besar-besaran.


2. Adakah Palestin telah aman pada waktu sekarang?


Well, buat mereka yang kurang mengetahui. Palestin masih BELUM lagi aman. Ini kerana peperangan yang berlaku masih lagi berterusan walaupun kita tengok negara-negara jirannya berada dalam keadaan aman, tenteram dan sejahtera hey.


3. What is happening right now at Syria, Afghanistan, Iraq and all other Islamic 'nations'?


This question must be answered by yourself. Because I have my own theory to answer it. If you really do want to know what is my theory, please wait until I get my true answer. Sorry for the inconvenience. 


ehem.. ehemm.. bajet speaking pulak aku ni.. huhu..

Jadi, adakah korang semua puas hati dengan jawapan yang aku beri? Kalau korang semua inginkan jawapan yang lebih lanjut, korang check dekat link ini ----> http://en.wikipedia.org/wiki/1948_Palestine_war dan ini ---> http://en.wikipedia.org/wiki/1948_Palestinian_exodus . 


Mari kita teruskan dengan topik yang ingin aku sampaikan. Well, aku rasa mesti korang semua tertanya-tanya kenapa aku tulis tajuk post ini dengan perkataan sedih kan? efek cengkerik Fine, aku akan teruskan juga.



Aku menulis demikian kerana aku sedih melihat situasi yang berlaku kepada umat Islam pada zaman sekarang. Mana hendaknya, hampir setiap saat kita berada dalam situasi peperangan yang memerlukan kesabaran dan kesyukuran di tahap super saiya yang amat, amat dan amat tinggi. Kerana situasi beginilah, aku hampir menitiskan air mata setiap kali aku terfikir dengan situasi ini. Bagi aku, peperangan itu boleh dilihat dalam pelbagai aspek.


Aku melihat peperangan dari sudut yang meluas. Peperangan dari segi melawan hawa nafsu, peperangan dari segi menentang serangan-serangan pemikiran oleh jahiliyah, dan yang paling besar sekali peperangan menentang penindasan terhadap umat Islam. Namun aku ingin 'highlight'kan dengan menggunakan highlighter yang berwarna kuning flourescent menggunakan cap tangan bersilang eh? bahawa kita sekarang berada dalam fasa peperangan menentang hawa nafsu dan serangan-serangan pemikiran jahiliyah.


So, apa kaitan dengan peperangan-peperangan di atas dengan kesedihan yang aku alami? Peperangan melawan hawa nafsu ini aku tidak akan fokuskan. Tetapi aku lebih fokuskan kepada serangan pemikiran jahiliyah. Kalau kita lihat semula dengan masalah yang berlaku pada masyarakat Islam terutama di Malaysia ini, susah bagi kita untuk berubah menjadi Muslim, Mukmin dan Muhsin yang terbaik. Kenapa? pandang kiri, pandang kanan. 

Sebab ia berkaitan rapat dengan gaya/pola/stail pemikiran masyarakat Islam terutama melayu itu sendiri. Well, aku bukannya hendak mengeji, mengutuk, menghina malah mencaci bangsa aku. Tetapi ini adalah kebenaran yang buruk sila baca : the ugly truth. Bila kita lihat ada sesuatu yang JANGGAL dengan orang disekeliling kita, dengan penuh riang ria gembiranya kita mengatakan bahawa mereka menjadi orang yang pelik. Apakah keJANGGALan itu?


Diantara keJANGGALan itu adalah seperti berikut:


1. Membaca al-Quran dengan penuh kekhusyukkan di mana-mana dan bila-bila masa. Tetapi tidak terlibat pada tandas dan waktu solat.


2. Mengikuti usrah atau jemaah atau tabligh atau perkara-perkara yang sama waktu, tempat dan keadaan dengannya. 


3. Mengajak orang lain ke arah kebaikan walaupun orang itu dahulunya PERNAH melakukan kejahatan.


Ini antara keJANGGALannya. Banyak lagi namun korang semua perlu carinya sendiri. muahaha.. jahat tak aku?? Ehem, ehem. Kebanyakan yang aku pernah jumpa, langsung tidak cuba untuk menghargai jasa orang yang disekelilingnya yang mencuba mengubah diri mereka itu ke arah yang lebih baik. Namun, apa yang aku lihat pelbagai ragam dan cara untuk kita cuba untuk menjadikan dirinya kembali ke arah jahiliyahnya. So, kenapa masih perlu aku bersedih?


Ini kerana sekarang ini Muslin yang menjadikan Islam hanya sebagai agama untuk beribadah secara khusus i hope that u know what i've mean. mula menjadikan Islam ini sebagai sesuatu yang ganjil, janggal lagi mengganjilkan dan menjanggalkan. Faham? 



Kita merasakan bahawa Islam hanya untuk menunaikan solat di masjid mahupun rumah, bayar zakat, mengucap dua kalimah syahadah, puasa, dengan buat haji. Cukup sekadar itu. Sebenarnya MASIH ADA BANYAK LAGI yang perlu kita ketahui di sebalik 5 rukun Islam ini. Tapi kenapa kita masih lagi mencaci, mencerca, memaki dan menghamun mereka yang melakukan kebaikan ini?


Perkara inilah yang membuatkan aku sedih. Kerana kita sendiri menunjukkan bahawa berubah ke arah kebaikan itu sesuatu yang memalukan dan menghinakan. Dari sini kita dapat lihat dengan 2 biji mata yang hampir tersembul di bahagian depan tengkorak kita maafkan aku, aku belajar engineering.. teehee.. bahawa berubah ke arah Islamik itu adalah ASING, JANGGAL dan PELIK. Tetapi kenapa berubah ke arah yang kurang Islamik itu tidak janggal pula? 


Ini kerana kita melihat bahawa perkara-perkara ini seperti perkara biasa. Kita melihat pasangan yang belum bernikah berjumpa sambil berkepit dan berpegangan tangan mengungkapkan kata-kata cinta adalah perkara biasa. Walaupun ada kaedah yang betul untuk meluahkan cintanya. Kita melihat, tidak solat itu adalah perkara biasa. Sedangkan solat itu adalah salah satu rukun Islam. Kita melihat orang yang mengutuk, mengeji, mencaci serta menghina orang lain itu adalah biasa. Sedangkan pabila kita dikutuk, dikeji, dicaci serta dihina, kita pula naik darah sehingga berniat dengan sepenuh jiwa raga untuk membunuh orang yang melakukannya itu. Jadi, kita nak salahkan siapa lagi?





Well, itu antara sebabnya aku masih sedih dengan situasi yang berlaku pada umat Islam pada hari ini. Terutama mereka yang berada di Malaysia ini. So, aku harapkan kita semua maksudnya aku, korang dengan mereka yang berada dalam ingatan korang la kan.. huhu.. itu pun nak kne tulis ke?? hehe.. tidak menjadi seperti mereka-mereka yang telah aku taipkan tadi. Semoga Allah melindungi kita.


Last but not least, semoga kita berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. Assalamualaikum and Chow. :-)

1 comment:

  1. salam.
    maknanya kena kerja keras lagi tu akhi...
    oh...beruntunglah org yg dagang/asing/ganjil/janggal


    -ufo-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...