Greetings

July 10, 2012

Kita Memfitnah Diri Kita? What?

Assalamualaikum dan Hello. Apa khabar kalian semua sepanjang pemergian, kehilangan dan ketiadaan aku pada blog ini? Terlebih sihat? Kulit semakin gelap? Atau sedang merindui rakan serumah (housemate) anda? efek cengkerik Ok, now let me directly straight to the point that I want to show to you. Korang masih ingat post aku sebelum ini mengenai perbuatan dan percakapan? Ala, sebelum ini punya post lah. Kalau korang semua tak ingat, ini link dia ----->


Aku minta maaf kalau korang rasa tertipu dengan 'read more' tadi. Aku terlupa untuk meletakkan linknya di situ. So ini adalah linknya ---> click here. yang ni tak tipu. seres. tolong lah percaya aku yang lemah lagi marhaen ni. So, korang dah habis baca dah? Bagus semua readers. Baik-baik korang semua. Beruntung kepada mereka yang menjadikan korang sebagai followers blog. Back to the topic, korang mesti tertanya-tanya kan kenapa aku menulis tajuk demikian? efek cengkerik lagi sekali Ada sebabnya aku menulis demikian.


Salah satu sebabnya adalah kerana masalah yang berlaku terhadap umat Islam sendiri. Well, korang mesti berpendapat yang Islam pada waktu sekarang pasti aman, damai, tenteram lagi sejahtera hey. Bagi aku. it is totally wrong. Aku taip semula : IT IS TOTALLY WRONG. puas hati aku huruf besar2. hehe. Well, kenapa aku berani menaipkan perkataan begini?


Kalau korang semua usha (tengok/melihat/renung) balik apa yang berlaku kepada umat Islam, pasti korang semua menyokong dengan apa yang aku taipkan. Ada sedikit soalan trivia yang aku sediakan untuk korang sebelum korang meneruskan pembacaan post ini.


1. Apa yang terjadi pada Palestin sewaktu tahun 1948?


2. Adakah Palestin telah aman pada waktu sekarang?


3. What is happen right now at Syria, Afghanistan, Iraq and all other Islamic 'Nations'?

Ok, cukup setakat ini soalan yang aku sediakan. Jawapannya akan diberi kepada korang pada masa akan datang. InsyaAllah.



Soalan diatas ada kaitan dengan tajuk ini. Kita yang beragama Islam sebenarnya tengah difitnah oleh pelbagai aspek. Terutama dari segi perbuatan kita sendiri. Aku terkesan apabila ada quotation dari saudara kita sendiri iaitu Yusuf Islam sewaktu beliau baru memeluk ajaran Islam:


"Subhanallah (Maha Suci Allah) yang menunjukkan aku Islam sebelum menunjukkan aku Muslim"


Ada lagi dari seseorang tokoh Islam maaf, aku tak ingat namanya:


"Di eropah aku melihat Islam, sayangnya mereka bukan Muslim. Namun disini (tempat beliau berada) aku melihat ramai Muslim, sayangnya mereka bukan Islam."


So, korang faham dengan ayat-ayat diatas? Ramai cendekiawan Islam yang betul-betul mengkaji masalah yang berlaku pada umat Islam pasti akan menyokong pernyataan di atas. Ini kerana perbuatan kita sendiri yang mengundang salah sangkaan daripada mereka yang bukan beragama Islam. 


Kita dengan 'berani'nya mengakui kita menyayangi dan mencintai Rasulullah, namun perbuatan kita tidak seperti yang digambarkan. Kita dengan 'riang'nya mengakui Allah itu sebagai Tuhan kita, tetapi perbuatan kita tidak menunjukkan pengakuan kita. Well, kita kan golongan yang 'pasti' masuk syurga. Eh.


Bagi kita, masuk neraka walaupun dalam sekelip mata pun kita tidak sanggup. Aku yakin adanya akhirat dimana segala perbuatan kita dibalas walaupun sekecil-kecil atom/molekul/partikel dengan penuh adil, bijak dan saksama. Jadi, kenapa kita perlu takut untuk tidak melakukan kemungkaran dan terus melakukan kebaikan?




Disini aku selitkan beberapa contoh:


1. Bila kawan kita ajak kita pergi masjid sebab dah masuk waktu asar, kita cakap kat dia "kau pergilah dulu, aku nak mandi dulu.". Sampai habis solat asar kita tak datang ke masjid sebab nak mandi punya pasal.


2. Bila bercakap pasal hukum-hakam agama, kita rasa kitalah yang paling pandai sekali. Macam-macam dalil kita bagi. Kalau bagi hadis tu, sanadnya memang kukuh. Al-Quran tu kalau boleh bagi satu juzuk untuk kukuhkan 'fatwa' kita. Tapi itu berlaku tatkala berada di depan awek yang penampilannya muslimah (bertudung labuh, malu-malu, dan jaga tatasusila). 


3. Bila ada orang kutuk Islam, bukan main marah lagi. Tapi bila kita sendiri yang tidak ikut ajaran Islam, kita buat endah tak endah. Anggap perkara yang kita lakukan itu perkara biasa.


4. 'Mengambil tahu' pasal masalah Palestin dengan berdemonstrasi secara aman sehingga ke pejabat kedutaan 'Israel'. Siap laungkan kalimah takbir dengan penuh semangat dan kelantangan hey. Namun apabila azan subuh pada esok pagi, surau yang berada di sebelah rumah pun tidak hadir sebab penat berdemonstrasi semalam.


Jadi, korang semua dah nampak apa yang aku cuba untuk sampaikan? Apa yang aku taipkan ini bukanlah bermakna semuanya adalah salah belaka. Namun segelintir daripada kita yang melakukan seperti ini boleh mengundang fitnah/tuduhan kepada mereka yang tidak melakukannya. Aku harap korang yang membaca tulisan aku tidak termasuk dalam mereka yang aku tulis di atas. Aku tahu korang semua baik-baik belaka. insyaAllah.. hehe.. 


Last but not least, semoga kita semua berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. Assalamualaikum dan Chow. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...