Greetings

October 23, 2012

Gone With The Spirit?

Assalamualaikum dan Hello. Terima kasih sangat-sangat kepada korang semua yang sudi klik link yang aku tampal (baca : attach) pada wall yang berkaitan. Aku harap korang semua sihat dari segi mental mahupun fizikal serta emosi sebelum meneruskan pembacaan dalam post ini. Kalau nak teruskan, sila klik atau skrolkan mouse korang ke bawah. Dan kalau tidak mahu teruskan, sila tekan butang 'x' yang berada pada tab korang. skang ni boleh buat cmtu kan? even IE pun ada cmtu.. hehe..



(Amaran : post kali ini adalah luahan hati penulis yang sedih melihat keadaan zaman sekarang. Kemungkinan besar akan menggunakan bahasa-bahasa yang menyalahi hukum tatabahasa, peribahasa, simpulan bahasa dan apa jua jenis bahasa sekalipun. Penulis tidak ingin bertanggungjawab sekiranya korang masih nak meneruskan pembacaan walaupun telah diberi amaran. Harap maklum.)

Dah baca amaran? Bagus. 

Semangat aku untuk memperbetulkan masyarakat luntur. Tatkala aku membaca surat khabar semalam, aku sedih dengan perangai dia. Bukan dia ok. PERANGAI dia. Menggunakan islam untuk kepentingan diri sendiri. Mengunakan agama untuk memuaskan nafsu serakah yang selama ini dia tahan agaknya. Malah semangat aku kian luntur tatkala melihat muslimah senang untuk diperdaya. Kejadian yang berlaku bukan setakat berada di luar sana, malah keadaan ini berlaku di kawasan sekeliling aku. 


Apabila sang lelaki mula menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w kepada muslimah, mulalah sang muslimah ini tergedik sana, sini dan situ. Tatkala sang lelaki menge'call' pada waktu tengah malam yang KONONNYA untuk mengejutkan dia untuk qiamullail, mulalah sang muslimah ini gembira dan senyum tidak terhingga. Dan segala ini berlaku tanpa ikatan yang sah. Well, korang boleh fikir sendiri.

Dan semangat aku kian luntur tatkala aku melihat masih ramai muslimah yang tidak menutup aurat. Namun aku agak bersyukur ramai yang mula untuk menutup aurat dengan cara yang betul. Tetapi, aku kembali lemah tatkala sebahagian mereka yang menutup aurat ini masih membiarkan tangan-tangan sang lelaki memegang mereka tanpa ikatan yang sah dan tidak kena pada situasi yang dikhaskan oleh syara'. Dan aku bertambah lemah apabila melihat sang lelaki mengabaikan agamanya sendiri seolah-olah agama itu dilihatnya hanya pada masjid, hanya pada pusat-pusat islam, hanya pada solat, hanya pada membayar zakat, hanya pada meng'ayat' wanita yang tudungnya labuh, dan hanya sekadar tidak lebih daripada perbuatan yang mengutamakan Tuhan pada waktu tertentu sahaja dan tempat-tempat tertentu sahaja.




Semangat aku hampir rebah pabila melihat agama ini hanya untuk mereka yang lemah dari segi mata pelajaran sains, hanya pilihan terakhir setelah tidak mendapat tempat di pusat-pusat pengajian yang diingini. Sedih apabila kawan-kawan aku sendiri hanyut dalam mengharungi kehidupan di dunia. Dan bertambah sedih apabila kita hanya mengucapkan yang kita mencintai Islam, mencintai Allah, mencintai Rasulullah s.a.w lebih daripada kita melakukannya. Malah ada yang lebih teruk, melakukan perkara yang disebalik ucapannya. Adakah itu yang kita ingin tunjukkan sebagai kebanggaan umat islam?

Dan semangat aku rebah tatkala kita lebih suka untuk menyalahkan orang lain atas kesilapan yang berlaku terhadap ummah berbanding diri sendiri. Dan menegakkan bahawa kita sahaja yang betul dan segala pendapat orang lain adalah salah. Kita lebih memandang SIAPAKAH yang menasihati kita daripada APAKAH yang dinasihati olehnya. Malah kita lebih emosional dan terlalu terburu-buru dalam menegakkan islam tanpa perlu selidik dan membuat sistem supaya kita tidak kembali jatuh. 

Adakah umat islam ini terlalu emosional orangnya?
Sehinggakan sibuk berdemonstrasi sehingga melupakan kewajipan menunaikan solat itu lebih utama?

Adakah umat islam ini hipokrit orangnya?
Berkata dengan bangganya bahawa dia adalah penganut islam namun bangga mempunyai kekasih yang tiada ikatan yang sah?

Adakah umat islam ini penghukum orangnya?
Tatkala orang berbuat salah, dimarahinya orang itu sehinggakan tiada ruang untuknya memberi penjelasan atas perlakuannya?

Adakah umat islam ini sekular juga?
Kerana menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri sehinggakan adanya fitnah terhadap orang lain?

Namun setelah Allah menunjukkan aku beberapa orang yang sama perjuangannya dengan aku, semangat aku mulai naik kembali. Dan aku mulai sedar, bahawa aku tidak menegakkan kembali islam secara berseorangan. Malah, mereka juga telah melalui fasa yang aku tempuhi selama ini. Dan mereka membantu aku bersama-sama membetulkan keadaan umat islam pada zaman sekarang. Dan aku yakin, mereka tidak akan membiarkan aku keseorangan dalam mengejar sorga yang telah dijanjikan Allah bagi mereka yang berjuang menegakkan agamanya. Just one word, ALHAMDULILLAH


Last but not least, semoga kita semua berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. Assalamualaikum dan Chow. :-)

p/s: Ikhwah dan Akhawat, koranglah yang telah menaikkan kembali semangat aku. Terima kasih atas pertolongan korang dalam mengekalkan aku. Dan korang tidak akan terlepas dari doa aku.. teehee... ;-)

p/p/s: apa yang aku tulis kat atas tadi dah lama aku simpan buat draft.. baru hari ni ada rasa nak post.. so, jgn conclude memacam ea.. hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...