Greetings

October 4, 2011

Pakaian Berbogel? Apakah?

Assalamualaikum and Hello! Apa khabar ini blog punya pembaca? Ada sihat? Macam mana dengan kehidupan korang semua? Aku berharap yang korang semua berada dalam keadaan sejahtera. Ye la, kalau korang tak sejahtera macam mana korang nak baca blog aku. Betul tak? Korang nampak kan aku tulis tajuk apa untuk post yang terbaru ini, so, kalau korang sanggup nak tengok apakah itu PAKAIAN BERBOGEL korang tekan lah read more itu.

Ok, mengenai PAKAIAN BERBOGEL ini, aku akan lebih tekankan kepada mereka yang mengaku diri mereka sebagai MUSLIM. Well, kalau nak tahu la kan, kebanyakan pakaian 'MUSLIM' sekarang ini tidak menepati piawaian yang ada dalam buku panduan manusia iaitu al-Quran itu sendiri. Nak tahu kenapa aku menaip begini? Ini sebab sekarang ini dah ramai yang dah mengetahui apa itu aurat dan faham apakah maksud aurat. 

Namun sayang sekali aku katakan, tidak ramai yang tahu MAKNA SEBENAR aurat. Dalam part ini, aku akan banyak menyentuh mengenai wanita sebab bab-bab aurat ini wanita lah yang paling banyak yang nak kena jaga. Bukan macam lelaki, sikit je yang nak kena jaga. hehehe Kalau nak tahu lebih cuba korang tengok kat bawah ini:

Mengikut pendapat para ulama fuqaha terutama imam-imam mazhab, aurat bagi wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Termasuk juga suara yang dilenggok-lenggokkan sehingga lelaki yang dengar suara tu jadi tergoda. Bukan maksud lenggok-lenggokkan tu macam lenggokkan badan! hahaha Yang dimaksudkan disini ialah suara yang dibuat MANJA dan MENGODA. Faham?


Alhamdulillah. Ok, mengenai badan pula, majoriti wanita memakai baju yang KETAT. What, SENSITIP? eh salah eja SENSITIF? Lantak aku la, ini aku punya blog, suka hati aku la nak taip apa pun. hahaha Jangan marah ye. Pemakaian baju yang KETAT, SENDAT dan MELEKAT membuatkan penutupan aurat bagi wanita itu tidak sempurna. What, DISCRIMINATION and PREJUDISM is happen right now?






Korang nak kata aku PERJUDIS atau DISKRIMINASI atau KEDUA-DUAnya sekali pun aku tak kisah. Aku nak soal balik bagi sesiapa yang kata aku PERJUDIS dan DISKRIMINASI, korang semua tahu tak cara PENUTUPAN AURAT yang SEMPURNA


Aku tahu yang KITA ini tidak SEMPURNA, tapi apa gunanya al-Quran, hadis dan Nabi Muhammad jikalau tidak untuk MENYEMPURNAKAN peribadi kita? Itulah sebabnya aku KURANG GEMAR melihat mereka yang MEMBALUT AURAT jika hendak dibandingkan dengan MENUTUP AURAT. Apa, korang tanya aku kenapa aku tengok?


Bagi aku senang je jawapan dia, Kenapa korang tunjuk kecantikan korang? Ha, senang tak jawapan dia? Well, memang ISLAM itu CANTIK dan INDAH, tapi Islam TIDAK MENYURUH wanita MENUNJUKKAN KECANTIKANNYA itu BERLEBIHAN. Cukup sekadar KEMAS dan INDAH. Korang faham ke tidak maksud KEMAS dan INDAH?






Menurut sumber yang aku dapat, KEMAS bermaksud tersusun dengan elok dan bersih, teratur dan rapi. Manakala makna bagi INDAH pula ialah dapat menarik atau memuaskan hati, elok benar, cantik. Nampak tak dengan apa yang maksudkan? Sebenarnya tidak salah untuk CANTIK, tetapi biarlah terkawal dan tidak sampai MENAIKKAN NAFSU bagi sesiapa yang memandang.


Sememangnya KECANTIKAN itu adalah hak individu, tetapi tidak perlu MELAMPAUI BATASAN yang telah diberikan. So, suka atau tidak kita perlu ikut dengan apa yang telah diberitahu dalam al-Quran dan hadis. Kenapa kita perlu SIBUKKAN DIRI kita mendengar cakap semua orang di sekeliling sedangkan kita sudah ada tempat rujukan?


Inilah yang aku katakan ATTENTION WHORE. Nak tau apa maksud dia? Tunggu sampai post yang akan datang. Bagi aku, KECANTIKAN itu adalah hak milik orang yang LAYAK melihatnya, bukan bagi SEMUA ORANG melihatnya.


Last but not least, semoga kita semua berada dalam keredhaan dan kesejahteraan Allah s.w.t. :-)


p/s: Post ini ditulis dalam keadaan marah, geram dan sedih. So, pepandai korang la baca dalam perasaan tersebut.. Tak nak baca balik pun tak pe...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...