Greetings

October 25, 2011

Budaya Kita atau Budaya Mereka? (OPEN AND POSITIVE MINDED ONLY)

Assalamualaikum! Apa habaq anda semua? Ada baik ka? Sudah makan? What, nak aku belanja hang pa makan? Tunggu sampai aku habih ngaji kat U ni. Awat, hangpa semua tak suka aku guna loghat utara? Baiklah, siapalah aku nak taip-taip guna loghat utara kan? Bajet ayat tacing tu ada orang nak kesian kat ko la? Oklah, dengan perasaan yang penuh hampa dan hiba aku memulakan penaipan terhadap blog ini. tangan di dada, mata ke atas Wait, korang perasan tak aku dah lama post kat blog aku ini? 


Pandai SEGALA readers. Itu kira ok la daripada SERIGALA mahupun SRISEGALA. Ok, aku rasa mesti korang semua tertanya-tanya kan kenapa tajuk post kali ini agak panjang dan ada "()" ni pulak. poyo gile mamat ni? Well, korang kan tahu SETIAP PERKARA YANG BERLAKU PASTI ADA SEBABNYA kan? Dan jawapannya, scroll korang punya mouse ke bawah.

MEMANG ada sebabnya aku tulis tajuk post demikian. Salah satu sebabnya, aku tak nak bila post ini di'publish'kan akan ada SUARA-SUARA yang 'baik' memarahi aku. So, sebelum korang baca ayat-ayat yang seterusnya, lebih baik korang setkan minda korang ke arah terbuka dan positif. And, ayatnya bermula dengan....sekarang.

Korang mesti tahu kan maksud 'couple' , 'kapel', 'awek', 'pakwe', 'gf', 'bf' dan perkataan mahupun perhurufan yang seumpama dan sewaktu wilayah dengannya. Semua ini berkait rapat dengan satu perkataan sahaja iaitu ZINA. Yes, zina. Why? What is wrong with that word?


Terbaik tak?


Korang nak tahu tak kenapa aku berani keluarkan word sedemikian? Sebabnya, aku hampir tidak dapat menahan diri daripada diuji hebat kepada mental aku. Err, korang faham tak dengan apa yang aku tulis tadi? What, tak faham?

Ok la, maksud aku disini, di tempat aku belajar ini, ada satu masalah yang aku rasa semua orang tahu and that is COUPLING WITHOUT NIKAH. Isu ini bukan terlalu lama dan juga bukan terlalu 'panas' tapi isu ini akan sentiasa bermain selagi ada orang yang ber'kasih-kasih'an, ber'sayang-sayang'an dan ber'cinta-cinta'an sebelum bernikah. Well, korang semua tahukan yang aku juga seorang manusia biasa?


Ye la, tak kan la pula seorang malaikat yang turun dari langit sanggup taip blog ini. Dan agak mustahil juga la tiba-tiba pula syaitan, jin mahupun iblis sanggup menjelmakan diri semata-mata untuk menaip post yang terbaru ini. Apa yang aku tulis ni? Aku sendiri pun tak faham. haha. Agak-agak korang la kan, korang rasa kenapa aku sanggup taip dengan macam ini? Apa, aku dah tak ada bahasa yang lebih sopan dah ke untuk 'menegur' mereka-mereka yang 'faham' bahasa itu?






Korang pun dah boleh fikirkan kenapa aku sanggup menaip dengan sebegini rupa? Bukan kerana aku CEMBURU mahupun MELUATadala jugak sket2, biasala, manusia kan.. bukannya haiwan.. hehe.., tetapi aku SEDIH apabila melihat perkara yang sepatutnya DIELAKKAN telah menjadi BUDAYA KEWAJIBAN. Itu sebab la aku taip awal-awal kat tajuk itu "OPEN AND POSITIVE MINDED SAHAJA". Sepanjang pengkajian aku terhadap budaya 'Couple Before Nikah' ini, terdapat banyak contra daripada pronya. 


Salah satunya ialah persaudaraan. Well, ber'kapel' sampai berkahwin bagus la juga. TETAPI, majoriti yang aku nampak ialah timbulnya masalah selepas sebuah pasangan itu declare yang diorang 'clash'. Ok, kalau korang nak tahu macam mana jalan cerita dia korang scroll lagi ke bawah ini. banyak jugak benda aku nak bagitahu sebenarnye.. hehe..


Apabila sang L melihat sang W yang cantik lagi menawan, maka sang L itu mulalah memberanikan dirinya untuk memikat sang W berkenaan. Setelah mencuba dengan segala upaya, sang W itu tertarik dan telah tergoda dengan sifat sang L yang caring, romantik, charming, understanding, helping, cute-ing dan segala yang -ing. Maka mereka pun ber'sayang-sayangan', ber'love-love-an', ber'kasih-kasihan', dan ber'janji-janjian' untuk berkahwin dan hidup bersama selamanya. Namun, ibarat kata berpatah-patah 'kusangkakan matahari menyinar sepanjang siang, rupa-rupanya keluar pula salji di tengah malam' lebih kurang camtu la.. hehe.. Janji hanya tinggal janji, sang L ingin menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pelajarannya dan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Jadi, sang L memutuskan untuk tidak meneruskan perhubungannya dengan sang W. Maka sang W pun tidak dapat menerima keputusan yang tersebut lalu menceritakan keburukan sang L kepada orang disekelilingnya. Apabila sang L ini mendapat tahu bahawa dia telah diburukkan, maka dia pun dengan marahnya memburukkan pula sang W ini. Dengan itu terjadilah perpecahan antara mereka berdua termasuk sekali orang disekeliling mereka. 
L = Lelaki, W = Wanita

Ok, korang nampak tak dengan apa yang aku nak terangkan? Ada yag tak faham ke? Ok la, aku akan terangkan. Maksud utama cerita diatas ialah PERPECAHAN yang berlaku diantara mereka. Itulah yang terjadi kepada majoriti 'kapel' yang aku nampak. Namun begitu, ada juga 'kapel' yang berakhir dengan perkahwinan. Tidak semua 'kapel' yang aku jumpa end up jadi berpecah. Tapi satu soalan yang aku ingin korang fikirkan ialah ini: Adakah Islam tidak ada jalan untuk menghalalkan ber'kapel' ini? Kalau ada, apa bendanya?


Aku tak suka taip panjang-panjang. Cukup sekadar ini sahaja. Kalau korang semua dah jumpa jawapannya, tinggalkanlah komen di bawah. Tidak salah untuk memberitahu pendapat bukan? Akhir sekali, semoga kita semua berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. Assalamualaikum and Chow. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...