Greetings

November 1, 2011

What Is The Solution?

Assalamualaikum and Hello? Apa khabar kepada readers-readers yang sanggup hadap yang blog kuno ini? Apa, korang tanya aku balik apa khabar? Well, alhamdulillah, aku sihat dan masih lagi ceria. bajet mcm ko dgr je apa yg readers ckp psl ko.. haha.. Ok la, lama jugak aku dah tak update blog ini. Betul tak? Apa, salah? Fine! Aku nak merajuk la macam ini. tangan di dada, mata ke atas Korang dapat fikir tak kenapa aku tulis tajuk blog macam ini? 

Well, pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih lah kerana sanggup tekan kat read more tu. Aku sengaja je buat begini sebab aku nak kita semua baca dengan apa yang aku nak terangkan. Ok, back to the topic, aku sebenarnya ingin menerangkan mengenai kajian yang agak lama aku jalankan. Korang nak tahu apa kajian dia?


Well, kajian yang aku jalankan ini berbentuk agak bebas kerana aku tidak suka untuk spesifikkan sangat kajian aku ini. So, kalau korang ada beberapa masalah terhadap kajian aku ini tolong komen di bawah ye. Banyak sebenarnya kajian aku kalau diikutkan. Terutama sekali mengenai beberapa masalah yang melanda negara sendiri. Pelbagai isu yang keluar seperti gejala sosial yang tidak sudah-sudah, illuminati dan freemason yang sampai sekarang tak habis-habis dengan segala simbolnya, kes murtad yang semakin berleluasa, isu pengamalan hudud sampai bertelagah walaupun satu agama dan macam-macam lagilah masalah yang timbul. 






Itu tidak termasuk lagi dengan isu luar negara. Contohnya cerita pasal kematian Muammar Gaddhafi betul ke aku eja ni? kalau salah tolong betulkan ye, hehehe..., masalah gila kuasa oleh USA dan yang sememangnya isu Palestin dan Israel yang menunggu masa untuk selesai. Setelah dikaji semua perkara ini, rupa-rupanya semua ini ada solusinya. Korang nak tahu apa solusinya?


Solusinya ialah SOLAT. Yes, SOLAT. Korang nak aku tolong ejakan satu-satu huruf ke? hehehe... Aku yakin korang semua pandai, tak perlu aku ejakan untuk korang. Kalau kita tengok balik, isu solat ini kita nampak macam remeh dan temeh sahaja. Padahal kalau kita fikir balik kenapa solat ini berada dalam RUKUN ISLAM? Sebenarnya, kedudukan SOLAT dalam RUKUN ISLAM sahaja sudah menampakkan kepentingannya. So, apa kaitan SOLAT dengan isu-isu yang berada di atas tadi?


Sebenarnya SOLAT ini adalah berkaitan dengan rohani @ jiwa @ soul kita. Korang pernah rasa tak yang sometimes kita perlukan sesuatu untuk mengisi jiwa kita. Betul tak? SOLAT inilah yang boleh mengisi jiwa kita yang tengah kosong. Tak percaya? Cuba la sendiri, konfom korang akan rasa. Perkara-perkara yang terjadi seperti yang aku taip kat atas tadi ialah berpunca kepada kekosongan jiwa kita.






SOLAT ini mengajar kita pelbagai perkara yang sebenarnya kita tidak tahu. Banyak sangat perkaranya kerana bagi aku melalui SOLATlah kita mampu memberitahu segala-galanya. Ye la, sampai kita dalam dilema pun kita SOLAT minta petunjukkan? So, perkara ini telah menunjukkan betapa pentingnya SOLAT sampai pernah dikhabarkan satu hari tu Rasulullah hampir nak membakar rumah umatnya sebab majoriti lelaki tidak turun SOLAT SUBUH di masjid. Malah ada hukuman bagi sesiapa yang tidak solat


Mengikut 4 mazhab terbesar, 3 daripadanya iaitu Imam Syafi'e, Imam Malik dan Imam Ibnu Hanbal menyatakan hukuman bagi mereka yang tidak solat ialah BUNUH. Manakala bagi Imam Hanafi pula PENJARA. Huraian pasal hukuman bagi ORANG YANG TIDAK SOLAT ini boleh dilihat disini. Aku takut nak hurai panjang-panjang sebab ada banyak benda pasal solat yang aku masih belum tahu lagi. 


Ok, sebelum korang semua tutup blog aku, aku jelaskan apakah SOLATnya sampai nak kena bunuh kalau tidak dilakukan. As we all know, the SOLAT that have do is SUBUH @ FAJR, ZUHUR, ASAR, MAGHRIB and ISYAK. Sebagai kenangan untuk ke post yang akan datang, usha-usha la video ni.





Last but not least, semoga kita semua berada dalam keredhaan Allah s.w.t. Assalamualaikum and Chow. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...