Greetings

November 14, 2011

Perfect? Apa Itu?

Assalamualaikum dan hello semua. Bagaimana dengan kehidupan korang semua sekarang? Ada orang yang suka kacau korang? Dah bertunang, nikah or kahwin? Sibuk sahaja aku sekarang ni. Sepanjang aku tidak update post yang terbaru, apa yang korang semua dah lakukan? Banyak pulak soalan aku ni. Sebok je Wait, hari ini semua budak form 5 tengah SPM kan? Malas la aku nak wish kat korang. hehehe.. jahatnya aku Semoga korang membuat usaha sebaik mungkin. Post aku yang terbaru ni pendek je. Kalau nak tahu tekan la read more tu.

Terima kasih sebab sanggup kelik kat read more tu. Buat post yang terbaru ini, aku akan lebihkan kepada diri sendiri. Bukan aku nak cerita pasal diri aku pun even ada la sket2.. hehe. Tapi aku ingin menceritakan sebuah kalkulus diri or MENGIRA diri sendiri ataupun perkara yang paling senang yang nak difaham ialah MUHASABAH diri. What, korang tanya aku kenapa aku nak highlight pulak benda ini?


Well, kalau korang semua nak tahu. Sebelum ini aku ada berjumpa dengan seseorang yang aku hormati sangat-sangat. Banyak permasalahan yang aku hadapi aku luahkan kepada dia. Dia bukan seorang wanita dan semestinya aku bukan seorang yang gay. ini tiada kaitan dengan seksualiti merdeka OK! hehehe.. Macam-macam aku luahkan kepadanya sehingga ada suatu persoalan yang dia telah kembalikan kepada dalam mencari sebuah keputusan. Korang nak tahu apa persoalan dia?





Soalannya ialah buat bunyi dram sket Bagaimana Allah ingin menunjukkan yang Dia Maha Sempurna? Soalan ini yang telah membuatkan aku pening kepala sehingga tidak mampu tidur malam. Dalam usaha pencarian aku, akhirnya Allah menolong aku dengan menghantar salah seorang sahabatku untuk menjawab soalan ini. Dibekalkan jawapan yang telah diberikan, aku berjumpa dengan orang yang aku hormati itu.

Selesai sahaja aku menjawab soalannya, lalu dia mengatakan dengan penuh senang dan tenang bahawa jawapan yang aku berikan itu kurang tepat. Disebabkan aku tiada idea untuk menjawab soalan itu, lalu aku katakan kepadanya: 



"Kenapa kita perlu soal perkara yang sudah termaktub?"

Lalu dia mengatakan:

"Cuba kau bukak tafsir al-Quran dan cari ayat 191 surah ali-imran."



Lalu didepannya aku membuka tafsir al-Quran yang aku bawa dan aku tergamam sendiri. Aku kehilangan hujahku. Apabila dia sedar yang aku sudah tiada idea untuk menjawabnya, dia memberikan aku jawapan sebenar.

"Sebenarnya tiada satu hidupan pun di atas muka bumi ini sempurna bro. Setiap ciptaan Allah adalah baik, malah sebaik-baik ciptaannya ialah kita sendiri iaitu manusia. Tapi hanya satu sahaja ciptaan Allah yang hampir sempurna iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Kalau kita fikirkan balik, selalu kita mintak kat Allah supaya setiap insan kat atas muka bumi ni baik. Tapi ada jugak yang buat jahat dekat kita. Aku rasa mesti kau pernah kena bila kau cuba mencari jawapan untuk soalan aku, betul tak?" 



Lalu aku mengangguk sambil memasang telinga untuk mendengar penjelasan selanjutnya.




"Kalau setiap insan kat muka bumi Allah ni baik, maka tiadalah kebaikan didunia ini. Sama juga dengan kekayaan, keharmonian dan ketenangan. Jika semua itu pada setiap tempat di dunia ini, maka tiadalah istilah itu untuk kehidupan di dunia. Semuanya saling memerlukan untuk saling melengkapi. Semua ini memerlukan pasangannya untuk menyempurnakan kehidupan. Termasuk la jugak manusia yang hanya ada dua jantina iaitu lelaki dan wanita. Semuanya saling memerlukan. Begitulah caranya Allah memberitahu kita bahawa Dia Maha Sempurna. Sebab Dia tidak memerlukan apa-apa pun untuk melengkapiNya. Dia sudah mempunyai segala-galanya. Hanya Dia yang SEMPURNA dan tiada yang lain sesempurna dia. Bukan aku katakan jawapan yang kau bagi tu salah, cuma kurang jelas jika ingin diberikan kepada muslim yang lain kalau mereka ingin ilmu. So, ini salah satu cara untuk aku memberitahu kepada kau yang usaha itu perlu berterusan dalam berdakwah. Memang la kadang-kadang tu kita sakit hati dengan mad'u and any others yang cuba untuk buat ko menyampah. Tapi dengan usaha yang berterusan dan tawakal iaitu doa, insyaAllah the target people that you wanted so much to preaches will give a good feedback. Satu je nasihat aku, action speaks louder than words. Bila kau tunjukkan selepas kau bercakap, lagi senang mad'u kau senang nak faham. Do you understand on what we discuss right now?"



Aku mengangguk sekali lagi untuk menunjukkan yang aku memahami setiap bait yang dikatakan olehnya. So, dengan perasaan yang agak sedih, kami berpisah dengan doa dan harapan supaya dapat berjumpa lagi. Inilah yang dikatakan bersahabat, bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t. Kita akan merindui sahabat kita pabila berjauhan dan kita akan gembira pabila bertemu dengannya. Dan persahabatan itu boleh dikatakan sebagai sebuah keluarga.






Inilah yang aku ingin ceritakan sebenarnya. Akhirnya kajian aku dalam beberapa perkara sudah pun selesai. Jika korang nak tahu apa sebenarnya kajian aku, korang tunggu la sampai minggu depan ye. Jahatnye aku ni. hahaha. Ok la, sampai disini dahulu untuk masa sekarang.

Last but not least, semoga kita semua berada dalam keredhaan dan kesejahteraan Allah s.w.t. Assalamualaikum and Chow. :-)

2 comments:

  1. terbaik bro. bagusla. maksud "mad'u " ape ? tq

    ReplyDelete
  2. mad'u tu org yang didakwah... pendakwah pulak dipanggil da'ie.. hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...