Greetings

January 16, 2012

Rough Sketching? Any Idea?

Assalamualaikum and Hello! Apa khabar semua. Dah lama aku tak menaip dalam blog ini. Almaklum lah, semakin lama hidup aku ini semakin sibuk tangan di dada, mata ke atas. Ya Allah, berhabuk laman ni. Banyaknya sawang uhuk uhuk. Aku nak minta maaf la kepada mereka yang asyik bertanyakan aku bila nak update blog ini. Sejak kebelakangan ini aku terlalu sibuk menghadap beberapa urusan yang belum selesai bajet ahli dewan undangan negeri je. Ok, enough with all this nonsense, let us continues on my agenda. Apa dah jadi dengan isu semasa sekarang ye?


La, banyak rupanya isu semasa yang aku tak tahu. Apa? Aku ketinggalam zaman? Fine la, lepas ini aku bukak blog ini untuk korang tulis. Bajet mcm korang nak pujuk aku je kan? Banyak situasi yang aku tahu sebenarnya, namun tidak perlu aku tuliskan disini. Sebab aku yakin korang pun tahu dengan apa yang aku ingin beritahu. Betul tak? efek cengkerik Baiklah, hajimemashou! 


Apabila ada info yang mengaitkan kehidupan aku, dengan serta merta aku akan terima. Salah satunya ialah sebagai seorang Muslim dan Pelajar yang sampai jasad aku di liang lahad pun aku tetap berkarier yang sama. Well, kalau aku katakan yang kita semua ini adalah HAMBA korang marah tak?






Apa, tiada perasaan? So, kalau begitu tidak gunalah kita hidup andai tiada perasaan. Betul tak? efek cengkerik LAGI SEKALI Well, kenapa aku berani mengatakan yang kita hanyalah HAMBA? Kenapa aku tidak menghighlightkan bahawa kita adalah KHALIFAH mahupun SEBAIK-BAIK MAKHLUK? Banyaknya soalan. 


Aku tahu bahawa manusia diciptakan untuk menjadi KHALIFAH di muka bumi Allah ini. Dalilnya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Surah al-Baqarah: ayat 30)

 Tetapi layakkah kita digelar KHALIFAH seandainya kita lebih mengutamakan SUARA daripada AKAL dan FIKIRAN? Bagi aku, AKAL yang dikurniakan oleh Allah kepada SEBAIK-BAIK MAKHLUKNYA adalah untuk dijadikan sebagai alat yang menghasilkan HAMBA yang MUSLIM, MUKMIN dan MUHSIN. Itulah kegunaan AKAL yang sebenarnya. Kadangkala aku sedih apabila melihat ada bapa yang sanggup melakukan perangai terkutuk dengan anak sendiri. Dan ada juga yang memperjuangkan kebebasan, tapi sayangnya CARA dan KAEDAH untuk mendapatkan kebebasan itu ibarat diHALALkan oleh matlamat. Adakah dengan cara begini kita boleh dikatakan menggunakan AKAL?






Dalam sebuah buku yang aku baca iaitu 'Nota Hati Seorang Lelaki' karya Pahrol Mohamad Juoi, ada petikan yang menyebut:
  "Kau tidak pernah terbaca tulisan Dr. Yusuf al-Qardhawi tentang keluhan seorang intelektual Barat yang baru memeluk Islam? Apa KELUHANnya?"
"Maha Suci Allah yang telah memperkenalkan aku Islam SEBELUM aku mengenal Muslim..."
Aku tersentuh apabila membaca ayat tersebut. Secara sinisnya intelektual itu memberitahu akan sikap majoriti MUSLIM sendiri. Tetapi adakah selama ini MUSLIM sendiri tidak mengamalkan ISLAM? Ayuh kita muhasabah kembali dengan apa yang kita telah lakukan. BELAJAR DARI UNIVERSITI KEHIDUPAN.


Last but not least, semoga kita semua berada dalam keredhaan dan kesejahteraan Allah s.w.t. Assalamualaikum and Chow. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...