Greetings

January 30, 2012

Random Idea #1 @ Cadangan Rawak #1?

Assalamualaikum, Hello and Moshi Moshi semua! Apa khabar kalian pada hari ini? Hebat, sederhana atau lemah? Pada post yang terbaru ini aku akan banyak memberikan idea-idea yang random or rawakkorang mesti faham kan? sebab banyak sebenarnya persoalan yang aku ingin luahkan di sini. Well, aku tahu yang blog ini boleh dibaca oleh semua manusia dan hamba-hambaNya yang boleh membaca. So, disebabkan itulah aku hanya akan mengeluarkan beberapa soalan yang berada di dalam otakku tanpa menghuraikan dengan lebih terperinci. Korang semua dah bersedia? kalau dah sedia tekan la read more tu.


Dah tekan dah? So, what is the random that I really wish to type about? Well, ini sebenarnya banyak berkisar dengan kehidupan aku dan majoriti yang telah melalui fasa kehidupan aku. Kebanyakan perkara yang kita lakukan ini kadangkala kita sedar dan kebanyakannya kita TIDAK SEDAR akannya. Sebelum aku meneruskan dengan lebih mendalam, korang tahu tak apa fasa kehidupan aku buat masa sekarang ini?


Sekarang aku tengah melalui fasa kehidupan yang penuh dengan kekeliruan dan kepeningan. Kehidupan yang aku lalui ini adalah kehidupan untuk aku mencari identiti aku. So, aku harap korang semua akan faham dengan apa yang aku ingin tuliskan. Akan aku tuliskan sedikit demi sedikit dengan idea-idea aku ini. Kalau korang nak tahu korang scroll ke bawah lagi.






Antara Random Ideanya:


1. CARA HIDUP


Kebanyakan orang-orang dewasa yang telah aku jumpa majoritinya mengatakan supaya aku berfikir dengan lebih mendalam jika ingin melakukan sesuatu. Aku cuba untuk mempraktikkannya dalam kehidupan aku. Nasihat yang aku dapati ialah THINK 10 YEARS BEFORE YOU DOING SOMETHING. Tetapi, adakah dengan berfikir sahaja kita mampu untuk menyelesaikan masalah-masalah rumit yang akan timbul dalam kehidupan kita?


Fikiran aku berputar 360 darjah apabila aku menonton 3 Idiots, Naruto Shippuuden, My Boss My Hero dan sesetengah golongan dewasa yang aku temui semasa belajar. Nasihat yang aku jumpa adalah sama, LIVE YOUR LIFE TO THE FULLEST. Tetapi, adakah dengan cara begini aku akan dapat hidup dengan lebih selesa dan tenang?


Jadi, apakah yang akan jadi pegangan aku selepas aku menjumpai identiti aku kelak?


2. KEMATANGAN


Ketika aku masih berada di tahap menengah rendah, seringkali aku berfikir tentang satu frasa ini: "Apakah yang dimaksudkan dengan kematangan sebenarnya?" Lalu aku mencari jawapan demi jawapan dalam persoalan aku itu. Banyak aspek kematangan yang aku temui. Antaranya ialah kematangan dari segi SOSIAL, kematangan dari segi PENDAPAT, kematangan dari segi AGAMA, kematangan dari segi POLITIK, dan akhir sekali ialah kematangan dari segi KEHIDUPAN. Namun, adakah faktor yang aku tulis ini adalah hanya faktor yang sekadar menghias perwatakan yang akan aku temui? Atau faktor-faktor inilah yang akan menjadikan siapakah diri aku sebenarnya kelak?


Setelah aku berada di menengah atas dan universiti, persoalan yang sama tetap berada di minda aku namun jawapan yang aku temui berbeza sedikit pula dengan sebelum ini. Jawapan yang aku maksudkan itu berkait rapat dengan kematangan dari segi PERASAAN, dan kematangan dari segi BERFIKIR. Ini disebabkan beberapa peristiwa yang telah aku tempuhi membuatkan aku ingin mencari jawapan disebaliknya. Namun adakah ini jawapan yang aku benar-benar temui?


Jadi, apakah yang akan jadi pegangan aku selepas aku menjumpai identiti aku kelak?






3. PERASAAN


Apabila melibatkan perasaan, ia pasti akan melibatkan dua hati yang ingin memahami antara satu sama lain a.k.a CINTA. Sebelum ini aku ada menceritakan serba sedikit mengenai perkara ini disini. Namun, itu hanyalah pandangan daripada satu pihak yang ingin mencari kebenaran. Apabila kebenaran itu sudah ditemui, barulah aku fahami apa yang dimaksudkan dengan perkataan itu sebenarnya. Perkara ini terlalu subjektif bagi aku. Kerana definisi bagi perkataan ini amat dan terlalu luas untuk aku bincangkan. Jadi, cukup sekadar aku memberikan sebuah idea untuk kita bersama-sama berfikir dengan lebih mendalam. 


Susah untuk aku menulis perkara-perkara yang berkait dengan CINTA ini kerana bagi aku, tulisan tidak mencukupi untuk menerangkan. Biarlah kita merasakan sendiri supaya kita lebih fahami dengan lebih jelas.


Jadi, apakah yang akan jadi pegangan aku selepas aku menjumpai indentiti aku kelak?


Berikut adalah serba sedikit IDEA RAWAK @ CADANGAN RANDOM aku tuliskan untuk kita bersama-sama merasakan kehidupan. Oleh itu, segala yang baik dan buruk itu datang daripada Tuhan Yang Maha Esa namun disandarkan atas kelebihan dan kelemahan diriku sendiri.


Last but not least, semoga korang semua berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. Assalamualaikum and Chow. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...