Greetings

April 16, 2012

Tahu atau Faham?

Assalamualaikum dan Hello! Apa khabar sekalian readers yang berada di mana jua korang berada? Adakah hari yang korang semua baca ini dalam keadaan baik? Aku harap korang semua dalam keadaan yang sejahtera. Walaupun ada tidak dapat apa yang dikehendaki, anggaplah ianya sebagai ujian dan dugaan kepada kita semua.bajet nak buat ceramah pulak aku ni.. hish.. Ok, back to the story. Korang nak tahu kenapa aku sanggup buat tajuk demikian? Jemput-jemput lah klik 'read more' kalau nak tahu.

Sebenarnya isu ini agak panas dengan situasi semasa. So sebelum aku membenarkan korang semua meneruskan pembacaan post ini, aku minta maaf sekiranya terdapat mana-mana percanggahan idea atau maklumat sepanjang post ini di'publish'kan. Ok, lets move on. Wait a second, korang faham tak erti MENGETAHUI dan MEMAHAMI?


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4 mukasurat ke 1571 (untuk MENGETAHUI) dan 405 (untuk MEMAHAMI),


MENGETAHUI = tahu akan, memaklumi.
MEMAHAMI = tahu dan mengerti benar akan sesuatu.


Well, makna tersebut adalah datang dari sumber yang sahih.kalau korang semua x percaya boleh la check balik.. hehe.. Namun, aku mendapat makna yang tersendiri yang boleh aku gunakan untuk bagi KITA semua MENGETAHUI dan pada masa yang sama MEMAHAMI apakah yang ingin disampaikan oleh aku sendiri. Korang semua nak tahu apakah definisi MENGETAHUI dan MEMAHAMI bagi aku?


Bagi aku, MENGETAHUI ini aku lebih huraikan kepada mendapat sesuatu perkara yang masih asing lagi dalam kehidupan kita. Sama ertinya dengan mendapat perkara/ilmu atau apa-apa sahaja yang kita tidak ketahui. Untuk MEMAHAMI pula, definisinya bagi aku bukan setakat kita TAHU apakah perkara tersebut, malah kita mampu MENGGUNAKAN dan MENGHAYATI perkara yang kita ketahui itu. Korang faham tak dengan apa yang kau cuba untuk sampaikan?






Ok la, aku cuba bagi contoh. Korang semua pasti TAHU apa itu menulis bukan? Tapi adakah korang semua FAHAM apa itu menulis? Kepada sesiapa yang sudah faham, jangan korang berani ajar kawan sebelah korang. Susah aku nak cari analogi begini.


TAHU apa itu menulis adalah seperti korang semua tahu tulis. Ye, tahu tulis. Tahu tulis huruf A, B,C dan seterusnya.jangan harap aku nak tulis sampai huruf Z.. pandai2 korang la.. FAHAM apa itu menulis boleh dikira sebagai korang semua TAHU apa sebab korang semua menulis, tujuan korang menulis, kepada siapa korang menulis dan apakah cara-cara untuk korang menulis serta menghayati penulisan korang. Itulah definisi bagi aku. Namun, ada banyak lagi huraian dia sebenarnya. Ianya berkait rapat dengan kehidupan kita terutama kepada mereka yang beragama Islam. So, what is the point that I really wanted to elaborate? bajet speaking lak aku ni.. tahu la grammar tunggang-langgang..


Ingin sekali aku mengingatkan KITA semua, KITA tau, bukan aku, bukan korang.. hehe.. mengenai RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN. Aku yakin mesti korang semua tahu mengenai RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN bukan? Ilmu ini kita keTAHUi majoritinya semasa kita semua darjah satu atau yang paling awal semasa tadika. Korang nak tahu ke apa itu RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN?


RUKUN ISLAM

  1. Mengucap dua kalimah syahadah. mesti korang tahukan pebende kalimah syahadah tu..
  2. Mendirikan solat sehari semalam.
  3. Berpuasa pada bulan Ramadhan.
  4. Menunaikan zakat.
  5. Mengerjakan haji. *jika berkemampuan*

RUKUN IMAN
  1. Percaya kepada Allah.
  2. Percaya kepada para malaikat.
  3. Percaya kepada kitab-kitab.
  4. Percaya kepada para rasul.
  5. Percaya pada hari kiamat.
  6. Percaya kepada qada' dan qadar.
Itu merupakan RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN yang kita KETAHUI. Namun adakah kita FAHAMI apakah makna di sebalik RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN? Well, kebanyakan kita mengetahui perkara-perkara seperti di atas. Namun masih ramai yang belum memahami tujuan perkara-perkara di atas diwujudkan. Disebabkan hanya MENGETAHUI tanpa MEMAHAMI, lalu wujudlah segelintir yang mempercayai kuasa-kuasa bomoh, pergi memuja kubur yang dikatakan mempunyai keramat tangan di dada, mata ke atas dan macam-macam lagi bentuk penyelewengan yang terdapat dalam masyarakat. Korang ingat tak beberapa isu yang pernah kecoh dalam negara?



Isu munculnya rasul walaupun nabi dan rasul terakhir dah wafat, pemujaan manusia yang dianggap sebagai Tuhan, pemujaan manusia tehadap tempat-tempat tertentu yang dianggap mempunyai kuasa yang hebat. Majoriti yang memulakan adalah mereka yang beragama Islam dan kebanyakan yang mengikutinya juga adalah beragama Islam. So, ke mana perginya RUKUN IMAN dan RUKUN ISLAM yang diketahui itu? 

Adakah kita belajar untuk menghadapi UPSR, PMR mahupun SPM sahaja? Atau sekadar mahu mendapatkan segulung sijil yang hanya mengiktiraf kekuatan memori sahaja? Well, itu korang semua kena tanya diri sendiri. Aku hanya mampu mewujudkan persoalan untuk kita semua berfikir semula. Dan ini yang membuatkan ramai Muslim hanya memikirkan Islam itu sebagai agama. Solat yang didirikan hanya dianggap sebagai ritual. Zakat yang diberikan hanya untuk melepaskan diri daripada rasa bersalah. Kepada yang lelaki, selalu ponteng puasa bila duduk keseorangan. Dan hanya memandang perkara-perkara aneh ketika melakukan ibadah haji.

Namun, aku sangat respek a.k.a hormat kepada mereka yang memahami Islam itu sendiri. Mereka menjadikan Islam itu sebagai gaya hidup a.k.a lifestyle. Mereka MEMAHAMI apakah itu Islam dan MENGHAYATI sepenuhnya Islam itu sendiri. So, korang semua nampak perbezaan antara TAHU dan FAHAM bukan?

Well, aku nak minta maaf kalau post aku yang terbaru ini agak panjang. Maklumlah, terlalu sibuk dengan urusan-urusan aku yang lain sehingga hampir terlupa dengan agenda sebenar aku. Aku harap korang semua boleh fahami penulisan aku ini. 

Last but not least, semoga kita semua berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. Assalamualaikum dan Chow. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...