Greetings

April 2, 2012

We Trust to the Power of Mind to become Strong.

Assalamualaikum dan Hello. Apa khabar kepada semua readers yang sanggup membuka link-link yang telah dipost oleh kawan-kawan korang? Untung betul korang semua, pantang ada orang share link di Mukabuku (FB la.. huhu..). Sebelum korang semua kelik link itu, ada korang semua berfikir dengan lebih mendalam? Apa, mendalam yang bagaimana? Itu, tidak perlu aku tidak akan huraikan sejauh kedalamannya. Sekarang ini aku ingin kongsikan sedikit pengalaman aku yang telah aku cuba sepanjang aku berada di sekolah dan di U yang aku tengah duduki. Korang nak tahu ke?

Apa yang korang semua nak tahu? Oh, ok. Maafkan aku, memang akan aku ceritakan sedikit pengalaman aku. Namun, kebanyakannya aku cuba huraikan serba sedikit kajian aku itu dengan kehidupan. InsyaAllah. Baiklah sebelum aku mulakan penceritaan aku, korang semua mesti nak tahu bagaimana Kuasa Minda itu boleh menjadikan kita lebih kuat. Betul tak?


Apa, tak betul? Tidak mengapa, demi korang yang sanggup bersusah-payah mengelik link yang ada akan aku cuba huraikan juga. Ini berkaitan dengan bagaimana aku cuba untuk menjadikan kehidupan aku supaya lebih bermakna dan bahagia. cuba je la.. insyaAllah jadi punya.. teehee.. Ini berkait rapat dengan BERBAIK SANGKA @ HUSNUDZON. Adakah korang semua tahu dengan perkara ini?


Fuh, nasib baik korang dah tahu. So, tidak perlu untuk aku huraikan dengan lebih mendalam. Hampir setiap situasi menyebabkan aku menge'set' fikiran ini daripada terpesong. Namun, bagaimanakah?






Sebenarnya ia bermula dengan sesi perbincangan aku dengan sahabat-sahabat bulatan aku. Tajuk untuk memulakan perbincangan itu tiada, jadi semuanya yang terjadi adalah hasil dari idea-idea spontan dan tiba-tiba dari sahabat-sahabat aku. Perbualan kosong menjadi berisi dengan terkeluar idea BERBAIK SANGKA. Majoriti sahabat-sahabat aku banyak memberikan bagaimanakah cara untuk menjadi kuat yang sebenar. Dan mereka mengatakan bahawa dengan BERBAIK SANGKA @ HUSNUDZON itu mampu menjadikan seseorang itu kuat. 


Selepas perbincangan itu aku masih belum mengerti dengan apa yan mereka cuba nak sampaikan. Sehinggalah aku jumpai satu situasi yang menyebabkan aku mengubah gaya pemikiran aku. Tidak perlu aku nyatakan apakah situasinya. Namun perkara tersebut membuatkan aku berfikir semula dengan perkara yang telah dibincangkan oleh sahabat-sahabat bulatan aku. Namun apakah perkaitannya dengan kehidupan?


Ini sangat berkait rapat apabila bagaimana kita berurusan dengan kehidupan dunia. Well, tidak semua yang kita hadapi akan terjadi seperti mana yang mahukan bukan? Korang mesti frust apabila perkara yang korang rancang selama berkurun lamanya secara tiba-tiba telah di'cancel' dengan penuh suka hati dan senang lenang daripada makhluk-makhluk ciptaan Allah yang lain. Namun, dengan HUSNUDZON korang mampu berkata kepada diri sendiri bahawa ada perkara yang lebih baik daripada perancangan korang. Betul tak?






Situasi ini selalu aku hadapi. Jadi bukan korang yang tengah membaca post ini yang hanya hadapi situasi begini. BERBAIK SANGKA mampu dijadikan sebagai punca kekuatan untuk kita semua hadapi kehidupan dengan lebih tenang. Well, aku tahu yang susah untuk berfikir yang semuanya adalah untuk kebaikan kita. Namun, kalau kita cuba untuk memahami situasi yang kita hadapi dengan melihatnya untuk masa hadapan dan dibandingkan dengan masa silam pasti akan dapat dirasai kenikmatan BERBAIK SANGKA itu. Maka dengan itu kita mampu untuk menjadikan kehidupan seterusnya lebih bermakna.


So, tidak semestinya apa yang kita rancang itu pasti menjadi. Itulah kegunaan BERBAIK SANGKA. Tapi usaha itu mesti kena ada. Tidak semestinya hanya BERBAIK SANGKA itu boleh menjadikan diri korang akan bergerak. Kalau korang semua pernah baca post aku sebelum ini pasti korang akan faham. 


Last but not least, semoga korang semua berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. Chow and Assalamualaikum. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...