Greetings

June 4, 2012

Trust + Believe = Faith?

Assalamualaikum dan Hello! Apa khabar semua readers? koff koff Bersepah habuk kat blog aku. Maaf ditujukan kepada semua readers. Semenjak, dua menjak dan tiga menjak ini aku terlalu sibuk dengan pelbagai urusan duniawi dan tidak lupa jua ukhrawi sepanjang kehidupan aku di universiti. Ada beberapa agenda yang perlu aku selesaikan dan terdapat beberapa keputusan yang perlu aku buat dengan cepat dan tuntas sepanjang pengajian aku. Mesti korang malas nak sambung baca dah kan?? hehe..  Ok, back to the topic. Post aku sebelum ini pernah membezakan antara tahu dan faham kan? Well, pada post kali ini aku akan ceritakan mengenai kekuatan kombinasi antara TRUST dan BELIEVE. Gabungan ini akan dapat melahirkan Super Saiya eh, salah taip.. golongan yang akan beriman. InsyaAllah. So, tekan la read more tu. Dah panjang dah aku tulis untuk mukadimah.

Thanks guys and girls. Let me go straight to the topic. Well, korang tertanya-tanya tak kenapa aku tulis tajuk post macam tu? efek cengkerik  Ok, akan aku cuba untuk jelaskan kepada korang semua. InsyaAllah. TRUST dan BELIEVE ini adalah sesuatu yang berbeza, namun dua perkara ini saling melengkapi satu sama lain untuk mendapatkan FAITH. Korang faham dengan teori aku yang aku cuba untuk sampaikan ni?


Kenapa TRUST dan BELIEVE ini adalah perkara yang berbeza? Well, ini yang aku dapat semasa melakukan bulatan gembira a.k.a happy circle. TRUST ini akan memandu kita dengan perbuatan yang kita akan lakukan. Maka BELIEVE ini pula akan menjadikan perbuatan kita itu bermanfaat dunia dan akhirat. Itu yang terhasilnya FAITH. Well, akan aku analogikan dalam dua jalan yang berbeza.


Seres aku suka cita ni.. teehee..




Ok, sebelum aku teruskan analogi ini, diminta korang semua tolong lakukan kaedah-kaedah di bawah supaya mendapat kesan yang mendalam sedalam mantel di kerak bumi. Ok? efek cengkerik lagi sekali


1. Tarik nafas dalam-dalam.
2. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan.
3. Ulang nombor 1 dan nombor 2 sehingga selesa.
4. Pejam mata tatkala rasa selesa itu menjelma.


Cukup! 


Kalau korang pejam mata, macam mana korang nak tahu analogi aku. Terima kasih kerana jujur pada diri sendiri kepada sesiapa yang sanggup pejam mata. jahatkan aku?? teehee.. 


Analoginya begini:



Aku berjalan menggerakkan kereta aku tanpa mengetahui kemanakah arah yang aku akan tuju. Aku berhenti seketika tatkala melihat dihadapan aku terdapat dua simpang jalan yang mencapah. Sedang melihat meter minyak kereta aku, aku berfikir jalan manakah yang perlu aku ambil. Aku jadikan papan tanda yang terdapat pada pertengahan simpang itu sebagai panduan. Selepas itu, aku memandang pula kedua-dua jalan tersebut dengan harapan supaya aku dapat keluar dari persimpangan ini. Di sebelah kiri, papan tanda memberitahu bahawa terdapat gaung yang teramat dalam sehingga kalah dalamnya Jurang Mariana di hujung jalannya. Namun, di bahu jalan tersebut terdapat pelbagai perkara yang aku sukai. Dusun durian, kedai makan Nasi Arab, rumah sewa yang cantik, emas bertimbun-timbun, ada gadis-gadis yang comel-comel, kereta sport bersepah, dan bermacam lagi perkara yang aku sukai ada di situ. Tetapi di sebelah kanan pula tiada apa-apa. Melainkan jalannya yang berlopak, ada air bertakung sana-sini, tidak berturap mahupun berkonkrit jalannya malah ada juga pokok yang hampir reput berada di bahu jalan itu. Papan tanda memberitahu di hujung jalan tersebut terdapat sebuah bandar yang popular dan femes iaitu bandar Key Ell.pandai2 la korang bayangkan keindahan bandar tu.. hehe..

Setakat itu sahaja analogi yang aku berikan. Selanjutnya aku serahkan kepada korang sendiri untuk penghabisan analogi ini. Well, apa kaitan analogi di atas dengan tajuk yang aku ingin jelaskan? 




Kaitannya ialah PERCAYA = BELIEVE dan YAKIN = TRUST. Bagi aku, PERCAYA sahaja tidak mencukupi. YAKIN perlu ada sekiranya ingin meneruskan kehidupan seperti Super Saiya tahap kesembilan and again, salah taip, maksud aku, MUSLIMIN yang paling bergaya sepanjang abad ini. Jikalau hanya PERCAYA, aku sendiri pun pasti rasa sangsi untuk melalui jalan di sebelah kanan. rujuk analogi tadi.. Ini disebabkan aku tidak YAKIN bahawa terdapat bandar Key Ell yang serba serbi lengkap ada di hujung jalan. Dan kemungkinan besar aku akan pilih jalan di sebelah kiri walaupun aku tahu ada gaung yang kalah Jurang Mariana. Keadaan di bahu jalan sebelah kiri lebih meyakinkan aku daripada jalan di sebelah kanan. 


So, YAKIN itu perlu ada untuk melengkapi PERCAYA. Ini yang akan menghasil IMAN = FAITH. Jika hanya meyakini tetapi tidak mempercayai bahawa adanya hari akhirat dimana keadilan akan dikira sebesar molekul sekalipun, pasti akan terlari juga sedikit perbuatan kita kat dunia ni. Cuba kalau kita YAKIN dan PERCAYA dengan perkara tadi, konfom kita akan menjaga perlakuan kita agar tidak melampaui batas-batas sebagai seorang yang beragama Islam. Betul tak?


Jadi, cuba kita soal semula diri kita. Adakah kita hanya PERCAYA atau PERCAYA + YAKIN dengan Allah s.w.t? Well, cukup sekadar disini sahaja aku ingin sampaikan. Semoga korang semua dapat faham dengan apa yang aku ingin sampaikan.

Last but not least, semoga kita semua berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. Assalamualaikum and Chow. :-)



p/s: salah seorang junior ex-skola aku baru meninggal sewaktu aku menaip post ni. For those who are muslim readers, please pray for his family to become strong in facing Allah's tests. Death will come no matter how short we live at this world.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...