Greetings

March 26, 2012

Accepting without Giving, Is that fair enough?

Assalamualaikum dan Hello semua yang tengah membaca? Bagaimana kesihatan korang semua? Ada yang makin 'berisi'? Alhamdulillah, akhirnya aku dapat juga diberi peluang untuk mengisi masa lapang aku dengan meneruskan perkara yang paling aku minati. So, korang semua sudah pernah ke mendapat sesuatu tanpa memberi apa-apa a.k.a PERCUMA? Well, tipulah kalau aku kata aku tidak menyukai perkara yang percuma. But, there is something that I will explain for about the purpose I write the title above. Korang tahu tak apa yang aku minat?

Sebenarnya aku minat dengan benda-benda yang baru. Terutama buku dan ilmu yang aku masih belum ketahui lagi. Lagipun, inilah masanya untuk aku meneruskan semula penjelajahan aku terhadap ilmu-ilmu yang aku minati bajet mcm dorg semua nak tahu je pasal aku ni.. =='. Jadi, apakah kaitan dengan tajuk yang aku post dengan ilmu yang aku cuba mencari ini?


Sebenarnya, ianya berkaitan rapat dengan cara diri kita sendiri. Dan kebanyakan situasi yang aku cuba kaji telah mendapat hasilnya. Alhamdulillah. Ok, apa yang aku kaji sehingga aku boleh mendapat hasilnya?


Beberapa bulan sebelum post ini dipublishkan, aku pernah membaca satu buku yang telah dipinjamkan oleh kawan aku kepadaku. Tajuknya ialah "The Quranic Law of Attractions". Gaya pelambangan dia juga hampir sama dengan satu buku yang pernah aku baca sebelum itu iaitu "The Secrets". Kedua-dua buku ini banyak menceritakan bahawa gaya pemikiran seseorang itu mampu mempengaruhi keadaan disekeliling mereka. Namun aku ingin highlightkan beberapa perkara yang berkaitan dengan tajuk di atas.


sedapnye.. hehe..




Dalam buku-buku tersebut memberitahu bahawa jika individu berfikiran positif, maka getaran positif yang dikeluarkan minda seseorang itu akan bertindak balas dengan keadaan sekelilingnya. Lalu individu itu akan mendapat tindak balas positif daripada sekelilingnya. Begitu juga jika individu itu berfikiran negatif. Reaksinya akan berlaku seperti yang aku telah taipkan sebelum ini malas nak taip semula.. hehe... Well, apa kaitannya dengan perkara yang aku nak highlightkan?


Perkaitannya adalah GIVE and TAKE. Kalau dikaji semula, aku yakin yang setiap perkara yang berada di dunia ini perlu GIVE and TAKE. Kecuali kalau ia sememangnya PERCUMA. Namun, seseorang memerlukan GIVE ---->  berfikir positif/negatif, berusaha, dan berdoa. Kemudian, setelah diproses/bertindak balas barulah individu itu akan mendapat <---- TAKE. Jadi, adakah korang semua faham dengan persamaan yang telah aku berikan?


Korang nak aku terangkan lagi? Ok, aku cuba dengan sedaya upaya aku, insyaAllah. Maksud aku disini ialah perlakuan GIVE & TAKE itu sendiri. Disini aku akan selitkan beberapa contoh untuk korang semua lebih faham dengan apa yang aku nak sampaikan.


  • Sebagai hamba Allah, mesti kita berdoa untuk mendapatkan sesuatu hajat bukan. Jadi, inilah persamaannya: Doa + Usaha = GIVE, Hajat yang dapat @ tidak dapat = TAKE
  • Kalau kita nak pandai dan dapat pointer lebih dalam apa-apa peperiksaan sekalipun, mesti kena ada usaha. Ini adalah contoh persamaannya : Study + Jaga Kesihatan = GIVE, pointer tinggi @ rendah = TAKE.
Ada sesapa nak blanja aku lauk ni??




Setiap perkara yang ada di dunia memerlukan GIVE supaya dapat memberikan TAKE yang bersesuaian dengan kehendak. Bukan kehendak nafsu ammarah or lawwamah OK! Maksud aku bersesuaian dengan fitrah kita sebagai hamba kepadaNya. Even nak benda percuma pun kena usaha untuk ambil. GIVING dan ACCPETING itu adalah perkara yang biasa untuk di dunia ini. Jadi, janganlah kita menyesal sekiranya pointer yang kita dapat itu rendah atau apa-apa yang kita hendakkan itu tidak kita dapati. Sebab ada banyak sebab untuk kita tidak mendapatkan dan ada banyak juga sebab untuk kita layak mendapatkan apa yang kita inginkan nape ayat aku ni macam serabut je?? aku pun pening..

Situasi ini selalu berlaku apabila seseorang telah berjumpa dengan keadaan yang memerlukan pemikiran yang mendalam. Bukan setakat dalam laut China Selatan, malah lebih dalam terus ke dasar teras bumi itu sendiri ok, hiperbola terlampau... Mengenai apakah keadaanya, biarlah korang semua merasainya sendiri. Cukup sampai disini untuk aku terangkan apa yang termampu. 

Last but not least, semoga kita semua berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. Assalamualaikum and Chow. :-)

1 comment:

  1. ini lah yang dikatakan fitrah,,. berkaitan dgn doa, sebab tu Allah berfirman, "fazkurni, azkurkum" means, "ingatlah padaku, dan aku akan ingat pada kamu" . Give and Take.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...