Greetings

June 11, 2012

Let's Show 'IT' To The World!!

Assalamualaikum dan Hello kepada sekalian readers. Apa khabar korang semua? Aku harap korang semua sihat-sihat ok. Akhir-akhir ini aku mempunyai banyak agenda yang perlu diselesaikan bila sampai di rumah yang terchenta. Banyak sangat, agenda yang jelas dan agenda yang tidak berapa nak jelas. Well, alhamdulillah hampir setel semuanya. senyum dan hidung mulai kembang Sebelum aku berikan korang membaca perkara seterusnya, korang faham tak dengan tajuk yang aku tuliskan di atas?

What? Korang kurang faham. helakan nafas Eh, jangan salah anggap dengan helaan nafas aku. Bukan bermakna aku tidak suka dengan ketidakfahaman korang, tapi aku gemar dengan kejujuran korang dengan beraninya mengatakan korang tidak faham. panjang pulak ayat aku ni.. sian korang.. haha.. Baiklah, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk terangkan apakah itu 'IT' yang korang perlukan SHOWkan.


Bagi yang berakal panjang, aku harap korang bersedih sebab 'IT' itu bukan seperti apa yang korang jangkakan. IT itu adalah Islam. So, please stay in your sadness. jahat jugak aku kan.. MUAHAHA!! Ok, mari teruskan apa yang direncanakan.


Sejujurnya, aku lihat pada zaman sekarang ini makin ramai yang mula sedar dengan ilmu-ilmu yang terdapat Islam lalu menge'share'kannya melalui facebook, myspace, twitter, youtube, blog dan macam-macam lagilah. Tapi, adakah kita pernah buat dengan apa yang kita sebarkan? Melalui pengalaman aku sendiri, apabila kita bercakap mengenai Islam maka akan keluarlah pelbagai falsafah dan bermacam teori untuk perkongsian. Namun, adakah kita mengamalkan apa yang kita kongsikan itu?


Semasa aku ber'camping' selama 3 hari di Gunung Pulai, aku mendapat sesuatu yang membuatkan aku terfikir semula dengan perlakuan dan tingkah laku aku. Ianya bermula dengan perbezaan Islam dan islam. So, apakah perbezaan kedua-dua perkataan ini?




Islam
~ sebuah kata nama yang menunjukkan sesuatu perkara samaada agama, pegangan mahupun kepercayaan.


islam
~ sebuah kata kerja yang menunjukkan perbuatan individu dalam membuat sesuatu seperti beribadah, bekerja mahupun berehat.


Nampak tak permainan dia? Eh, minta maaf. Bukan permainan siapa-siapa mahupun apa-apa. Maksud aku di sini ialah bagaimana cara kita untuk menafsir sesuatu nama itu sendiri. Namun, bak kata pepatah, lain padang, lain kupu-kupu salah taip lagi.. haih.. sabar je la.. belalang. Setiap orang disini mampu menafsirkan satu perkataan dengan pelbagai tafsiran dan terjemahan. Jadi, terpulang pada kalian. Harap-harap yang baik sahaja. Ok?


Enough with the muqaddimah, ayuh ke perkara yang sebenar.


Korang semua pernah baca tak satu ayat yang di'post' oleh aku pada post sebelum ini? Apa, tidak ingat. Tidak mengapa sebab aku pun sebenarnya tidak ingat post yang mana. Jadi, kita sama-sama lupa ok. padahal nak cover kesalahan aku.. huhu.. sori guys.. Ayatnya ialah "Di eropah aku melihat Islam, namun mereka bukan Muslim. Namun di negara-negara Islam, aku melihat ramai Muslim, sayangnya mereka bukan Islam." daripada Yusuf Islam.


Sila salah faham dengan ayat diatas. Supaya aku dapat terangkan dengan lebih lanjut.


Ok, ada yang salah faham. Baiklah, aku terangkan maksudnya. 


Maksud ayat tadi ialah berkaitan dengan akhlak @ perangai @ tabiat sesuatu masyarakat. Yusuf Islam berkata demikian dengan bermaksud, begitu ramai mereka yang tidak menganut agama Islam TETAPI mereka mempunyai akhlak yang dianjurkan oleh Islam. Sebaliknya berlaku pada mereka yang menganut agama Islam TETAPI kebanyakan daripadanya tidak berakhlak sepertimana Islam anjurkan. Did us see that?




Aku tidak katakan bahawa yang kita semua ini berakhlak jahat, namun kebanyakan yang berkelakuan sedemikian. Aku bukan seorang penghukum dan aku tidak layak untuk menghukum. Aku hanya ingin kita semua sedar dengan apa yang kita lakukan. Disini aku sertakan beberapa contoh untuk kita fahami perkara yang berlaku di sekeliling kita. 


Situasi Pertama


Ada seorang datang kepada aku dengan wajah yang masam mencuka sehingga mampu diperah untuk dijadikan pasaran di mana-mana hypermarket. Labuhnya punggungnya di kerusi berdekatan dengan aku, terus dia bertanya kepada aku.
"Macam mana nak solat ye?"


Hampir majoriti kawan-kawan disekeliling meja aku menggelakkan dia. Mukanya merah kerana malu dengan soalan ditanyakan. Lalu dijawab oleh salah seorang ahli meja berkenaan.


"Kau tak tahu langsung pasal solat ke?"
"Kenapa kau ni bodoh sangat?" Kawan di sebelah menyahut.



"Aku nak tahu je. Manalah tahu tiba-tiba aku meninggal esok. Takut jugak weh." Dengan nada sedih kawan aku menjawab.
Lalu dia meninggalkan meja kami dengan wajah yang hampa. Sedih kerana soalannya itu menjadi bahan ejekan rakan-rakannya sendiri.




Situasi Kedua.


Hafiz tiada kaitan dengan hidup atau yang mati. nazak pun tak de. sedang merenung ke arah Amira dengan penuh kasih sayang. Amira yang berada di sebelahnya berada dalam malu-malu untuk memandangnya semula. Hafiz pun membisikkan sesuatu kepada Amira.


"Kenapa muka awak merah sangat? Malu saya tenung awak ye?"


"Kenapa nak malu? Panas la. hikhik." Jawab Amira.


"Ye la tu. Awak comel la. Geram pulak bila tengok pipi awak ni. Rasa macam nak cubit je. Tudung yang awak pakai ni, saya belikan hari tu ke?"


"A'ah. Saya pakai untuk awak. hikhik. Cantik tak?"


"Cantik. Cantik sangat. Memang kena dengan muka awak yang comel tu." kata Hafiz dengan senyuman.


Lalu datang beberapa orang yang ke meja mereka dengan wajah yang agak bengis. Sampai sahaja disana terus salah seorangnya mengetuk meja itu.


"Korang ni tak ada adab ke? Sibuk bercinta dalam library ni. Dah la bajet sweet lak tu."


"Dalam al-Quran ada dikatakan bahawa 'Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).', Korang kan bawak Quran, cuba bukak surah al-Isra' ayat 32. Apa barang dating bawak al-Quran? hahaha." kata sahabat disebelahnya.


Dengan muka yang terkejut, Hafiz dan Amira membuka tafsir al-Quran mereka. Lalu Hafiz menjawab dengan nada yang selamba.


"Tima kasih la bang sebab tegur kami. Tapi kami sebenarnya sudah bernikah. Nikah khitbah. Bila dah lama tak jumpa isteri sendiri, tu yang jadi macam ni tu. Saya minta maaf la bang kalau saya ada buat salah dan silap. Maklum lah, manusia kan pelupa."


Mereka yang menegur tadi terus tergamam. Dengan cepat mereka mengangkat punggung mereka lalu beredar meninggalkan Hafiz dan Amira.
*The End*


Well, korang sudah nampak apa yang aku maksudkan?




Alhamdulillah. Faham juga korang akhirnya. Boleh aku bernafas dengan agak lega sedikit. Well, korang rasa korang pernah menghadapi situasi yang sama seperti di atas? Sejujurnya, aku pernah menghadapi kedua-dua situasi tersebut. Buat situasi pertama, aku terus mengejar kawan aku apabila dia beredar dari situ. Manakala bagi situasi kedua pula, aku bersama pasangan yang sudah bernikah untuk belajar bersama. Cuma nama sahaja aku bezakan.


So, akhlak seorang Muslim itu menunjukkan bahawa bagaimana individu yang menganut agama Islam mempraktikkan perkara yang telah diajar dalam kondisi sebenar. Namun sayang sekali masih ramai di antara kita yang menjadi fitnah terhadap agama kita sendiri. Aku harap agar readers aku ini bukan salah seorang dari mereka. Apakah fitnah yang aku maksudkan? 


Kalau korang nak tahu, sila tunggu minggu hadapan untuk mengetahui apakah perbuatan yang boleh menjadi fitnah kepada diri walaupun kita sendiri tidak melakukannya.


Last but not least, semoga kita semua berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. Assalamualaikum and Chow. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...