Greetings

July 19, 2011

Salahkah Aku Berniat Baik?

Assalamualaikum and Hello! Apa khabar readers sekalian? Ada baik? Ok, for this new post, I want to discuss about NIAT a.k.a attention. So, bagi readers yang beragama Islam tu pernah dengar satu hadis ni tak? Ia mengisahkan tentang NIAT. Aku pun tak ingat sangat hadis ni, tapi aku yakin hadis ni sahih sebab ada dalam hadis 40 yang majoriti diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Ok, sebelum aku bagitau hadis apa, it is better korang tengok video ni dulu.






Great thanks to matluthfi90 for giving me this idea through that video. Ok, back to the hadis that I've said before, there is something like this: Setiap PERBUATAN itu dimulakan dengan NIAT, Jika seseorang itu berniat untuk Allah dan rasulNya, maka Dia akan dapat apa yang dikehendakinya, jika seseorang itu berniat kerana sesuatu yang dihajatkan, maka dia akan dapat apa yang dihajatkannya.


Well, video and hadis tadi pun sebenarnya dah bagitau dah apa yang aku nak taip kat post terbaru ni. Apa yang akan aku bagitau lepas ni adalah huraian kepada VIDEO dan hadis tadi. Mengenai NIAT, korang pernah tak buat something tanpa korang ada niat pun nak buat? Ada tak? Menipu tak ada. Ok, maksud aku kat sini adalah, setiap PERBUATAN yang korang cuba lakukan tu PASTI ada NIAT. Apa, salah? Tak pe, tak pe, cuba korang baca bawah ni pulak.


Dah baca yang atas? Paham tak? Nak aku terangkan lagi? Ok, baiklah. Maksud aku begini, setiap PERKARA yang lakukan tu PASTI ada NIAT di sebalik perkara yang dilakukannya tu. Tak kisah la baik atau buruk. Ok, dah faham? Alhamdulillah, good readers. Pandai-pandai readers aku semua ni.


So, bila menyentuh mengenai NIAT, korang buat sesuatu perkara tu sebab apa? Korang pernah tak NIAT buat sesuatu itu ikhlas kerana mendapatkan keredhaan TUHAN? Mesti ada yang jawab time solat je NIAT hanya untuk TUHAN kan? Kantoi sudah. Habis tu macam mana pula dengan benda lain? 


Ok, sebenarnya NIAT itu sebenarnya adalah tujuan kita buat sesuatu perkara itu. Kalau kita tak ada NIAT nak buat sesuatu, maknanya apa yang kita buat itu sia-sia belaka lah. Betul tak? Seeloknya kita perlu BERNIAT BAIK dalam MELAKUKAN setiap perkara yang ingin kita lakukan. Hatta apabila kita BERFIKIR pun kena ada NIAT yang baik. 


Itulah sebabnya kita PERLU bersangka baik terhadap sesama manusia. Kalau tak, boleh jadi huru-hara la dunia ni. So, inilah yang aku ingin terangkan sebenarnya. Aku harap korang semua faham apa yang aku nak terangkan di post terbaru ni. Semoga korang semua dalam rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. Assalamualaikum and Chow. :-)

1 comment:

  1. hahaha.....thats great topics.....thanks remind me.....huhuhu.......as-salam from Putera Islam Palace.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...