Greetings

September 6, 2011

Hari Raya Versi orang Meleis???

Assalamualaikum and Hello! Readers sekalian apa cerita? Best tak dapat beraya? Dah berapa banyak dah duit raya korang? Mesti berkepuk kan dompet dengan 50 sen, seringgit, lima ringgit or paling besar nilai note pun mesti 10 ringgit je. Betul tak? Ok la tu daripada tak dapat langsung or kena 'sedekah' kat orang lain. hahaha Sila klik read more untuk video yang khas aku dapat dari youtube untuk korang.





Amacam? Best tak video tadi? Ok, kali ini aku akan HIGHLIGHTkan beberapa perkara yang SEBAHAGIAN besar selalu buat bila waktu raya terutama Hari Raya AIDILFITRI. Lets check it out:


1. BERMEGAH-MEGAH DENGAN PERSIAPAN HARI RAYA.


Well, ini bukan kutukan ok. Ini adalah hakikat yang TERPAKSA diterima oleh majoriti oleh orang KITA. Maklumlah, kalau boleh, rumah flat yang nampak je kat luar, tapi kat dalam rasa macam rumah banglo. Dengan kain langsir yang baru, kain alas meja yang 'lip-lap' yang telah diletakkan dengan berlian palsu, memang berkelip lah meja yang usang itu. Segala-galanya nak VERSI BARU macam SOFA baru, MEJA MAKAN baru, KERUSI MAKAN baru, TV baru, POKOK BUNGA baru dan yang paling teruk sampai ISTERI/SUAMI baru pun ada. Amacam, OK tak idea aku?


2. BERIA-IA SOLAT SUNAT HARI RAYA, TAPI SOLAT SUBUH TINGGAL.


Bagi aku, ini perkara biasa yang aku selalu jugak la aku nampak kat sini. Memang banyak USTAZ and USTAZAH yang tegur masyarakat KITA yang berperangai begini. Mana tak nya, solat yang WAJIB bukan main TINGGAL, solat yang SUNAT bukan main BUAT. Dan PERKARA ini jugalah yang membuatkan aku tak berapa nak faham orang meleis ini.


3. BERSALAMAN ANTARA LELAKI DAN AJNABI.


First sekali aku nak tanya korang semua, korang faham tak maksud AJNABI? Ini bukan cerita hindustan ok yang ada panggil ajnabi sana, ajnabi sini. AJNABI disini bermaksud WANITA/LELAKI yang diBOLEHkan berKAHWIN. Makna lain bagi AJNABI ialah BUKAN MUHRIM a.k.a korang punya lain jantina SELAIN kakak, abang, ayah, mak dan adik korang. Kalau tak faham lagi, pergi tanya USTAZ or USTAZAH. hehehe Lagipun korang semua dah tau kan yang kita tak boleh SENTUH hatta nak CUIT-CUIT manja sekalipun TIDAK DBENARKAN. Sebabnya? Aku rasa korang sendiri pun dah tau kan apa yang terjadi bila terSENTUH kulit yang LAIN jantina. Kadang-kadang yang SAMA jantina pun boleh jadi macam-macam. hahaha Korang fikirlah sendiri.


4. MAKAN BERLEBIHAN.


Ini selalu terjadi masyarakat KITA sekarang. Kadang-kadang aku pun terlibat sama dalam masalah ini. Bukan apa, bila sampai rumah sedara-mara ni mula la diTUNJUK a.k.a diHIDANGkan pelbagai JUADAH yang membuatkan nafsu syahwat semakin terangsang. Aku tak berapa nak kisah kalau perkara ini terjadi. Tapi bagi sesetengah MANUSIA, aku tak tau nak cakap apa dengan mereka punya nafsu. Kalau boleh nak ambil satu DULANG khas untuk dia sahaja yang makan. Itu kira ok lagi. Yang lagi BAGUS ialah PINGGAN bukan main BESAR, NASI berBUKIT yang telah ditambah dengan SEGALA jenis LAUK yang ada di rumah itu. Padahal badan orang yang mengambil sebegitu bukan main kecil je. Itu yang bila aku terkejut tengok orang sebegini mengambil makanan, aku terus cakap 'BADAN macam HONDA EX5, tapi GAS TANK macam JUMBO JET'. Seolah-olah dia macam KEBULUR yang TERAMAT SANGAT selama SEBULAN.


5. TABARRUJ BAGI WANITA (dan kadang-kadang bagi lelaki).


Yang part ini, aku memang pantang. Nak tahu kenapa? Sebab boleh dikira membazir. Ok, maksud bagi TABARRUJ ialah BERHIAS DIRI dengan secara MELAMPAU. Bukan apa, kadang-kadang baju raya yang tempah bukan sepasang, tetapi 5 PASANG! Ada yang memang nak MENUNJUK terAMAT SANGAT sampai terBELI 30 PASANG baju raya. Padahal dia SEORANG je yang PAKAI. Dan satu lagi, TERBELI la pula mekap yang 'HIGH CLASS' semata-mata sebab nak beRAYA. Lepas tu bila ada OPEN HOUSE or nak pergi beraya, kalau boleh pakai TEBAL-TEBAL sampai hilang jerawat di muka. Ada yang sampai 14 INCI punya mekap pun ada. Lepas tu bila senyum sikit je, habis jatuh berderai semua mekap-mekap yang MELEKAT di muka. 






6. MINTA MAAF BERMUSIM @ HANYA MASA HARI RAYA SAHAJA.


Well, ini agak complicated sedikit berbanding point-point lain di atas. Amalan berminta maaf ini bukan la pada hari raya SAHAJA. Kalau boleh HARI-HARI kita minta maaf kepada semua orang yang kita pernah buat salah. Dan lebih diutamakan untuk meminta maaf SEBELUM masuk BULAN PUASA. Ini kerana, dosa sesama manusia hanya sesama MANUSIA sahaja yang boleh meMAAFkan. Bila masuk bulan RAMADHAN, kita boleh jalankan IBADAH dengan tenang sebab kita sudah meminta maaf kepada SETIAP ORANG yang kita pernah BUAT jahat kepadanya. Satu lagi, bila kita diMAAFkan oleh individu tertentu, segala ibadah kita di bulan RAMADHAN akan lebih mudah diterima oleh Allah s.w.t insyaAllah.


7. LEBIH SUKA TENGOK TV DARI PERGI BERAYA.(terutama kepada kaum MUDA).


Ok, kaum MUDA disini bukan golongan yang perjuangkan pergerakan Islah macam dalam buku teks form 5. Tapi, kaum MUDA ini lebih merujuk kepada mereka yang berumur 8-15 tahun. Zaman sekarang, channel televisyen banyak meNYAJIkan cerita-cerita yang menarik. Bila raya pertama sahaja, dah mula cerita-cerita yang selama PERNAH keluar tapi KENA BAYAR. Korang faham maksud aku? Aku teringat zaman aku kecil-kecil dulu, bukan main berlumba dengan kawan-kawan seangkatan siapa beraya rumah paling banyak. Kemudian berkumpul di suatu tempat dan kira ramai-ramai DUIT RAYA siapa yang paling banyak. Sekarang ini tradisi ini semakin luput. Budak-budak SEKARANG terPACAK depan TV lepas tu tunggu ada orang datang. Bila ada sedara-mara yang datang, terus DAPAT duit raya dari mereka. SENANG betul budak-budak sekarang.


8. RAYA SEBULAN SAMPAI LUPA NAK PUASA ENAM.


Perkara ini aku tak nak tekankan sangat. Dah namanya pun puasa SUNAT. So, PUASA ENAM ini terpulang kepada individu tersebut. Ikut korang sama ada nak buat or tidak. Aku disini bukan nak MEMAKSA, tapi hanya MENGGALAKKAN puasa enam ini dilakukan. Banyak KEBAIKAN dia kalau KITA buat perkara ini. Macam kita buat kerja OVERTIME. Makin BANYAK kita BUAT, makin BANYAK kita DAPAT. Itu je yang boleh aku taip pasal PUASA ENAM ini.


TAKE NOTE!!: aku taip MELEIS dalam versi ini sebab nak membezakan antara yang meNGAKU melayu dan TAK amalkan ajaran Islam yang sebenar or yang meNGAKU melayu dan amalkan ajaran Islam yang sebenar. Bak kata sesetengah scholars in Islam "Sometimes, MUSLIMS by CHOICE way BETTER than MUSLIMS by CHANCE." Cuba kita fikir balik yang kita ini MUSLIMS BY CHOICE or MUSLIMS BY CHANCE


Last but not least, semoga korang semua berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. Assalamualaikum and Chow. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...