Greetings

March 5, 2012

Nampak Namun Tidak Sedar. Apakah?

Assalamualaikum dan Hello! Apa khabar semua readers. Apa yang berlaku sepanjang aku tidak menaip post terbaru? What, PRK ini tidak ada kaitan dengan parti-parti politik yang ada. FAHAM! nak dekat? Syria ada masalah dalaman? Lagi - lagi? Tak kan ini je yang korang semua tahu? Enough with all this issue. Sebenarnya aku ada something nak beritahu korang dari dulu lagi. Tetapi disebabkan aku ada komitmen dan perkara-perkara yang secara tetiba datang, maka aku selesaikan dahulu. Korang nak tahu apakah perkara yang aku maksudkan?

Terima kasih kerana sanggup membaca mukadimah aku yang panjang lebar. Aku tahu, mesti ada di antara korang yang kurang menyukai cara aku begini bukan. But, I'm really sorry about that. Dah memang cara aku begini sebab aku dengan begini aku mampu untuk melihat siapa yang sanggup tekan read more tu jahat tak aku?? hehe... Ok, enough. Perkara yang aku ingin beritahu itu adalah IMAN dan AKIDAH bagi seorang MUSLIM tidak mengira MUSLIMIN atau/dan MUSLIMAT/MUSLIMAH. Then, apa kaitan aku dengan tajuk "Nampak Namun Tidak Sedar. Apakah?" itu?


Secara realitinya memang ramai dapat melihat perubahan ke arah Islam dengan lebih mendalam. Dan aku menyukai mereka-mereka yang cuba mendalami Islam. Itu menunjukkan yang mereka ingin tahu dengan lebih bermakna apakah sebenarnya agama mereka ini. NAMUN, aku cukup kurang gemar apabila ada sesetengah daripada mereka terlalu EGO dan BANGGA DIRI tentang ilmu yang mereka perolehi. Adakah korang faham dengan apa yang aku maksudkan?


Credit to my friend. Bnde ni yg buatkan aku agak sibuk.. hehe..




Apa? Kurang faham? Ok, aku akan cuba untuk jelas dengan lebih lanjut. Sekiranya ia memerlukan 2 post pun aku sanggup asalkan korang semua faham dengan apa yang aku nak sampaikan.


Minta maaf sebab buat korang terpaksa skrol lebih untuk tahu. Aku sengaja nak uji korang punya sifat ingin tahu. Kejam jugak aku kan?? hehe.. Kebanyakan orang yang aku nampak suka mengeluarkan dan membesarkan isu-isu ranting. Walhal mereka sedar dengan isu-isu perdu dan akar, namun tidak dipedulikan. Mungkin juga mereka tidak sedar, tetapi tidak ada yang cuba untuk menyedarkan mereka. Well, apakah yang dimaksudkan dengan isu-isu ranting dengan isu-isu perdu dan pokok? Dan kenapa pulak bahagian-bahagian pokok pula yang tertulis dalam post aku ini? Aku pun x brape nak prasan.. Tiba-tiba tersembul dalam minda separa sedar aku.. sori ok.. senyum sket.. 


Isu-isu ranting yang aku maksudkan ialah isu-isu yang selalu kita nampak. Seperti contoh, cara pemakaian tudung dengan betul, pelaksanaan hudud, isu pasal KAPEL, dan macam-macam perkara yang bagi aku mungkin tidak sampai kesudah jika diberitahu di sini. Aku tidak mengatakan bahawa isu-isu ini tidak penting, namun ada isu yang LEBIH PENTING dan MUSTAHAK untuk diperbincangkan dan diperdalamkan. Jadi apakah isu-isu perlu dipandang sebagai isu-isu sampingan atau sekadar menghangatkan suasana Islamik sahaja?


dari aku dapat pic sampai sekarang aku masih fikir binatang apa.. korang tahu?




Seperti yang aku beritahu tadi, isu-isu itu sebenarnya PENTING. Namun kita mempunyai isu yang masih RAMAI yang TIDAK PERASAN dan TERLALU PENTING sehinggakan jika kita tidak mula untuk mengetengahkannya, maka ia akan mula menjadikan Islam ini hanya sebagai sebuah ritual seperti yang terjadi kepada agama-agama yang aku pernah lihat sebelum ini. Dan aku tidak ingin agama yang aku anuti ini menjadi demikian. Bukannya aku ingin menjadi RACISM or FANATISM. Aku cuma ingin membetulkan kembali jalan-jalan yang kebanyakan kita selalu ambil remeh dan lewa. Namun apakah pulak jalan yang aku maksudkan? Apakah ia mempunyai kaitan dengan jalan Tunku Abdul Rahman yang berada di Kuala Lumpur atau juga Jalan Masjid India? apa aku mengarut ni?? aduhai.. 


Isu yang akan aku beritahu ini berada di minggu hadapan. Tapi aku dah bagi dah ciri-ciri yang terdapat dalam isu yang aku akan tekankan ini. Dah nama blog ini pun Sebuah Persoalan kan, jadi akan aku tinggalkan korang untuk berfikir apakah sebenarnya isu yang aku ingin maksudkan sangat ini. Sebelum korang semua tutup blog aku, ada satu video yang best untuk korang lihat. Enjoy! 


Tekan la play kalau korang nak dengar. Kalau tak tekan macam mana benda ni nak main? hehe..




Last but not least, semoga kita semua berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. Assalamualaikum and Chow. :-)

1 comment:

  1. wah , tertunggu-tunggu utk minggu depan ni. hehe. hurm , jom singgah di blog aku . ade entry baru. tehtarik93.blogspot.com.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...