Greetings

March 19, 2012

I Hate Ekstremis. Why?

Assalamualaikum dan Hello! Kabare, apa khabar dan segala yang sewaktu dengannya readers? Ada sihat, sakit-sakit, or ada sengal-sengal sendi sedikit? Well, aku harap korang semua berada dalam keadaan yang terbaik. Kalau ada yang sakit-sakit, anggap sahaja ia adalah perkara biasa bagi manusia yang masih hidup. Korang ingat tak minggu lepas aku ada taipkan perkataan EKSTREMIS dalam post aku? What, tak berapa nak ingat? Cuba korang tengok balik subtitle blog ini. *efek cengkerik* 


Ok, korang cuba klik pada SINI untuk ingatkan kembali memori korang. Aku faham, mesti ada yang lupa sebab aku sendiri pun hampir-hampir lupa nak update mengenai EKSTREMIS sebab aku mempunyai komitmen untuk aku selesaikan dahulu. Lagipun aku perlukan pengkajian yang lebih mendalam mengenai perkataan ini sebelum disiarkan kepada umum. So, ayuh kita mulakan pemahaman kita mengenai EKSTREMIS. Korang tahu tak asal usul perkataan EKSTREMIS ini?


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-4, EKSTREMIS didefinisikan kepada:


GOLONGAN atau INDIVIDU yang SIKAP atau PENDIRIANNYA dalam sesuatu hal MELAMPAUI BATAS KESEDERHANAAN.


Dan perkataan ini berasal daripada perkataan EKSTREM yang bermaksud MELAMPAU atau/dan KETERLALUAN.


Sebelum aku meneruskan pendapat aku mengenai EKSTREMIS ini, korang pernah jumpa perkataan BIDAAH? Aku yakin korang mesti pernah jumpa perkataan ini. Namun perkataan BIDAAH ini mempunyai dua maksud:


1) Pembaruan, terutama dalam agama Islam (ada yang DITERIMA dan ada yang DITOLAK).


2) PEMBOHONG, PENIPU. dah macam kamus internet pulak blog aku ni.. huhu..


Sebenarnya terdapat banyak perkara yang aku ingin kaitkan dengan definisi EKSTREM ini. Aku akan cuba untuk terangkan sedikit demi sedikit demi korang. InsyaAllah, korang akan faham dengan apa yang aku nak terangkan. Korang tahu kenapa aku BENCI dengan EKSTREMIS?






Sebab bagi aku, kefahaman mereka dengan sesuatu perkara itu kadangkala melampau sehingga aku merasakan yang mereka perlu diperbetulkan semula gaya pemikirannya. Well, aku tidak mengatakan bahawa aku membenci orang yang melakukannya, tetapi aku hanya BENCI dengan perangai, sifat dan tingkah laku EKSTREMIS. Dan ini tidak mengira dari mana-mana aspek sekalipun. Ingin sekali aku berikan korang contoh-contoh EKSTREMIS dalam pelbagai aspek.


Antaranya ialah mengamalkan Islam sebagai gaya hidup. Aku bukan mengatakan yang Islam ini salah, namun Islam sendiri adalah AGAMA yang SEDERHANA dan mampu untuk menyediakan sesuatu itu sesuai menikut fitrah manusia iaitu TIDAK BERLEBIHAN. Kalau kita lihat kembali sirah-sirah para sahabat dahulu, pernah Rasulullah sendiri yang melarang para sahabatnya berpuasa selama berhari-hari dengan tidak berbuka. So, adakah Islam itu masih lagi tidak mengikut fitrah manusia? 


Begitu juga dengan berpolitik mahupun aspek-aspek yang lain. Aku tidak berapa gemar dengan segelintir ahli-ahli parti politik yang mendewa-dewakan pemimpinpengikut sahaja.. tidak berkaitan dengan pemimpin itu sendiri ok.. :-). Lalu menjadikan kebaikan itu hanya  diarahkan kepada pemimpin sendiri sehinggakan pemimpin-pemimpin yang lain diendahkan. Jadi, apa gunanya negara ini dijadikan demokrasi jika hanya mendengar suara pada satu pemimpin sahaja?






Ditambah pula dengan isu-isu yang wujud di sekeliling kehidupan kita sekarang ini. Masih ramai yang cuba untuk menjadi EKSTREMIS pada hakikatnya walaupun mereka memikirkan bahawa mereka cuba untuk membetulkan keadaan. Banyak aku jumpa orang-orang sebegini. Seolah-olah ingin menjadikan Islam itu sebagai agama yang hanya menyokong pendapat-pendapat mereka tanpa mahu mengkaji terlebih dahulu. Jadi, apakah gunanya akal yang dikurniakan Allah s.w.t untuk dijadikan alat untuk memahami agama kita sendiri?


Well, cukuplah sekadar disini pendapat aku mengenai EKSTREMIS dan insyaAllah, aku akan usahakan lagi untuk menghuraikan lagi pendapat aku mengenai perkara ini. Sebelum korang semua tutup blog aku, jemput-jemput la tengok video youtube ini. 





Last but not least, semoga korang semua berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. Assalamualaikum and Chow. :-)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...