Greetings

March 12, 2012

Nampak Namun Tidak Sedar. Boleh Jelaskan Lagi? (NOT FOR A HAPPY-GO-LUCKY READERS)

Assalamualaikum dan Hello readers blog ini! Well, minggu lepas aku pernah nyatakan bahawa aku akan beritahu apakah perkara yang kita NAMPAK NAMUN TIDAK SEDAR. Banyak ciri-ciri perkara tersebut aku telah tuliskan @ perlihatkan @ beritahu. Tetapi, ada satu lagi ciri yang korang tidak berapa nak perasan sehinggalah ia akan diberitahu pada post ini. Sebelum aku meneruskan pembincangan mengenai perkara ini, adakah korang semua faham dengan ciri-ciri yang aku telah sampaikan dalam post minggu lepas?


Korang boleh patah balik ke post aku yang INI supaya boleh faham semula dengan ciri-ciri yang aku telah tuliskan. Ciri terakhir bagi perkara yang aku ingin nyatakan ialah ianya adalah perkara pertama yang kita semua belajar semasa kelas Pengajian Islam semasa sekolah rendah dahulu. Dan kemungkinan semasa kita sekolah menengah pun masih belajar juga. Perkara ini ada dalam buku PAFA a.k.a Penilaian Asas Fardu Ain yang perlu kita hafal untuk lulus subjek Agama kita masa sekolah menengah. Nampak apa yang aku ingin sampaikan?


Perkara itu aku telah beritahu pada post yang lepas iaitu AKIDAH bagi seorang manusia yang beragama Islam. Inilah yang dikatakan AKAR @ ASAS bagi seseorang yang beragama terutamanya bagi yang beragama Islam. Aku yakin penceramah-penceramah yang berada di luar sana sedang membetulkan kembali akidah umat Islam sekarang ini. Sebab majoriti daripada mereka nampak apakah punca masalah-masalah yang berlaku di kalangan umat Islam sendiri. Korang semua perasan ke tidak yang zaman sekarang AKIDAH umat Islam semakin GOYAH?






Alhamdulillah, nasib baik korang semua perasan. Tetapi ramai juga yang buat tidak endah @ memandang enteng perkara ini. Well, memang isu ini adalah self-centric tetapi perkara inilah yang pertama sekali Rasulullah lakukan terhadap sahabat-sahabat serta pengikut-pengikut baginda. Selepas itu barulah baginda meneruskan pula dakwahnya dengan perkara-perkara seterusnya. Bagi aku akidah inilah yang menguatkan jati diri setiap muslim yang ada di dunia ini. Tidak kira bangsa, umur, warna kulit dan segalanya. Tanpa akidah dan iman yang mantap, kebanyakan akan hanyut dalam alam duniawi. KEJAP, apa maksud SELF-CENTRIC?


Self-centric ini perkara-perkara yang berkaitan dengan individu namun ia melibatkan pelbagai pihak untuk menjadikannya sebagai realiti. Dan AKIDAH dan IMAN ini salah satu daripada perkara-perkara tersebut. Sepanjang pemerhatian aku dalam isu-isu yang berkaitan Islam ini, jarang sekali aku dengar daripada mulut pemerintahan sendiri bahawa AKIDAH dan IMAN umat Islam sekarang semakin goyah. Dan pendapat ini tidak mengira daripada parti mana sekalipun. Ini kerana pemerhatian aku bersifat NEUTRAL aku bukan ahli parti politik luar. Kebanyakan isu-isu Islam yang timbul adalah isu-isu yang bagi aku boleh dibahaskan sehingga ianya tidak dapat menjadi kenyataan. Apakah contohnya?






Contoh yang paling senang aku lihat adalah isu Hudud. Memang Hudud ini adalah wajib untuk pemerintah jalankan, tetapi kenapa masih ada MUSLIM sendiri yang MENENTANG? Kalau dikaji semula, AKIDAH dan IMAN yang goyah punca adanya penentangan dalam penganutnya sendiri. Sejujurnya zaman sekarang adalah zaman dimana fitnah berleluasa. Zaman ini adalah zaman Sekularisme semakin berkuasa. Dan zaman ini adalah zaman Islam hanya dianggap sebagai ritual atau alat. Bukan sebagai panduan hidup lagi. Adakah kita sebahagian daripada golongan-golongan ini?


Aku harap readers aku bukan dari golongan seperti itu. Islam bukan alat yang boleh digunakan untuk mempengaruhi mana-mana pihak. Dan Islam juga bukanlah ritual yang hanya dipertunjukkan pada waktu-waktu tertentu serta tempat-tempat tertentu. Islam itu adalah gaya hidup, panduan hidup yang disertakan sekali manual untuk menjalani kehidupan ini. Tetapi, masih ada juga golongan yang cuba untuk tidak mengikuti cara demikian. Malah yang lebih teruk jika ada yang menuduh bahawa mengikut cara hidup ini mengikut cara ekstrimis. Namun, adakah difahami maksud sebenar ekstremis?


Maksud sebenar EKSTREMIS ini akan dikupas dengan lebih lanjut jika aku ada kelapangan kelaktakut takut tak ada idea next week.. hehe. Cukuplah sampai disini aku huraikan mengenai perkara yang kita NAMPAK NAMUN TIDAK SEDAR. Korang semua fahamkan dengan apa yang aku sudah tuliskan kepada korang? Diharapkan korang semua boleh memahami dengan apa yang aku nak sampaikan.


Last but not least, semoga korang semua berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. Assalamualaikum and chow. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...