Greetings

August 16, 2011

Jom Kaji-Mengkaji! Nak?

Assalamualaikum and Hello! Apa khabar sekalian reader yang sanggup membuka blog ni? Ok-ok, aku tau yang korang semua rindu nak baca post terbaru kan? Betul tak? Alhamdulillah. Tak sangka aku korang sanggup rindu dengan blog aku ini. hehehe Well, sejak kebelakangan ini aku telah mendapat banyak tugasan daripada pensyarah-pensyarah yang disukai dan dicintai *tangan di dada, mata ke atas* . Sebelum melanjutkan ke arah yang agak serius, mari sesama kita tengok video KAJI ini. *klik la dekat video tu, tu pun nak kena bagitau ke? hehehe*








Ada kaitan tak dengan tajuk blog aku? Well, aku saja-saja nak letak video yang tak ada kaitan dan kalau boleh, langsung tak kena-mengena dengan tajuk di atas. Reason? Korang cari la sendiri. *ANDA TERKONO! hehehe*  Ok, back to the topic that is 'Jom Kaji-Mengkaji! Nak?'. Dalam hemat korang yang berfirasat tinggi ini, pernah tak korang mendapat mesej seperti ini:




Well, sejak akhir-akhir ini banyak benda yang TIDAK sepatutnya BERKAIT dengan agama lalu diada-adakan dalam meraih perhatian pihak-pihak tertentu supaya dilihat sebagai mengambil tahu dalam perkara-perkara agama TERUTAMA agama Islam. Perkara inilah yang membuatkan aku masih tidak faham dengan kondisi manusia sekarang.


Ada satu frasa yang telah mengingatkan aku mengenai perkara ini, iaitu: Matlamat TIDAK menghalalkan cara. Korang semua nak tahu apa kaitan frasa tadi dengan tajuk di atas? Well, macam aku taip di atas tadi, ada SEGELINTIR yang kononnya mengambil tahu mengenai agama tetapi mengada-adakan cerita yang SEBENARNYA tiada kaitan langsung. Ini kerana, mereka ini terlalu mempercayai semua perkara mengKAJI dahulu setiap perkara yang diterima. Cuba korang baca ayat kat bawah ini:



Korang semua dah faham dengan apa yang aku ingin HIGHLIGHTkan? Ok, disebabkan perkara inilah aku mendapat tajuk di atas. Allah dah berkata dah lebih kurang 1400 tahun dahulu kepada Nabi Muhammad S.A.W lalu disebarkan pula sehingga sampai kepada kita. Jadi, kenapa perlu mempercayai perkara yang TIDAK TAHU pokok-pangkalnya sedangkan MENOLAK atau MENGAMBIL SEDIKIT perkara yang sememangnya sudah ada DASARnya? EHEM, INI BUKAN LUHAHAN PERASAAN OK. Well, apa yang pasti di sini ialah MENGKAJI.

"Kenapa perlu mengkaji sedangkan banyak lagi benda yang aku boleh buat?"

"Malas la nak kaji benda-benda macam ini, kita bagi kat ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah je la. Dorang tu lagi tau pasal benda-benda macam ini. Kita ni ilmu bukan banyak mana pun."

"Susah la nak mengkaji-kaji ni, lagi senang bukak facebook, youtube, and blogger je. Lagipun sama je dengan apa yang kita akan dapat dari ustaz dan ustazah tu."

Ini di antara contoh-contoh TERBAIK *TANGAN DI DADA, MATA KE ATAS* yang aku dapat sepanjang aku mengkaji perkara yang aku minati. Well, memang benar internet itu memudahkan, TETAPI, aku taip lagi sekali T.E.T.A.P.I, kita perlu mencari juga orang yang lebih arif mengenai sesuatu bidang sebelum kita terus sahaja TERJAH dan PERCAYA bulat-bulat apa yang ditulis dan diperkatakan.

Para ULAMA sendiri pun mencari RAMAI guru untuk mengajar mereka dan mereka lebih memahami sesuatu perkara itu sehingga boleh mengajar kepada orang lain. Sehinggakan ada ULAMA yang mengatakan "Belajar dengan lebih ramai guru itu lebih baik daripada belajar dengan hanya seorang guru sahaja." 

So, kesimpulannya kita perlu mengKAJI dahulu setiap perkara yang diterima sebelum membuat keputusan untuk MENERIMAnya atau tidak. Melalui kajian, kita semua pasti tidak akan lari jauh dari jalan yang telah ditetapkan olehNya. Sebelum korang semua tutup blog ini, aku telah sediakan satu lagu khas untuk korang. Music please.



Last but not least, semoga korang semua berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah S.W.T. Assalamualaikum and Chow. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...