Greetings

August 2, 2011

Antara Adat dengan Ibadat, Mana Lagi Penting?

Assalamualaikum and hello! Apa khabar readers sekalian? Aku harap korang semua berada dalam sihat. Sebelum aku meneruskan pentaipan aku ini, aku nak tanya sikit kepada korang, korang semua pernah dengar tidak satu pepatah ini : Biar mati anak, jangan mati adat? Well, aku yakin korang semua pernah dengar. Jangan nak MEMBONGAK a.k.a MENIPU.





Ok, korang rasa korang sanggup ke tengok anak korang mati dari ADAT korang yang mati? Mesti tidak sanggup bukan? Ha, inilah yang aku nak tekankan sekarang ini. Bukan mengenai anak, tetapi mengenai IBADAT dan ADAT. Walaupun IBADAT itu hanya tambah IB sahaja sebelum perkataan ADAT, tapi perbezaan makna dua perkataan ini sungguh ketara. So, what is the difference between this two words?


ADAT
Peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun (sejak       dahulukala) di dalam sesuatu masyarakat (SEHINGGA MERUPAKAN HUKUM DAN PERATURAN YANG HARUS DIPATUHI)


IBADAT:
Bakti (khidmat) kepada Tuhan, perbuatan dan amalan yang dilakukan sebagai bakti kepada atau kerana Tuhan (SEPERTI SEMBAHYANG, BERSEDEKAH & BERBUAT BAIK SESAMA MANUSIA)


Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat saja-saja tulis sebab mana tahu tidak percaya


Did you see the difference right now? Alhamdulillah. Memang beruntung aku dapat readers yang pandai-pandai. So, perkara yang aku highlightkan di sini ialah ADAT yang lama-kelamaan menjadi IBADAT? What are you typing about lightseeker?


Well, aku nak taip mengenai ADAT yang telah menjadi IBADAT pada zaman sekarang ini. Korang pernah ingat tidak sewaktu belajar masa tingkatan tiga dulu ada silibus yang mengaitkan mengenai perkara-perkara TAHYUL yang ada dalam agama ISLAM? So, perkara inilah yang aku nak tekankan.


Ok, ada beberapa perkara yang masih dalam kajian aku lagi dan ada beberapa perkara yang sudah habis kajiannya. Mengenai perkara yang sudah habis kajiannya ialah mengenai MANDI SAFAR, MEMBACA SURAH YASSIN PADA MALAM JUMAAT & BACAAN TALKIN PADA LEPAS JENAZAH DIKEBUMIKAN. Mengenai perkara yang masih dalam kajian aku lagi ialah BACAAN 3 KALI SURAH YASSIN PADA MALAM NISFU SYAABAN & SOLAT SUNAT TARAWIH.


Pasal MANDI SAFAR itu, sememangnya perkara ini TAHYUL. Why? Sebab, orang melayu zaman dahulu percaya bahawa MANDI SAFAR ini boleh menolak bala seseorang. So, this is totally busted. bajet mythbuster la pula. Ini kerana, bala atau musibah telah ditentukan oleh ALLAH kepada setiap hambanya. Tiada istilah perlu mandi pada waktu tertentu semata-mata kerana ingin menolak bala. Hanyalah DOA sahaja yang diperlukan untuk mengelakkan kita dari terkena TEMPIAS bala. 


Mengenai BACAAN SURAH YASSIN PADA MALAM JUMAAT pula, perkara ini adalah tergolong dalam bahagian bid'ah hasanah. Apa yang dimaksudkan dengan bid'ah hasanah ini? Lebih baik korang JUMPA dengan ORANG YANG LEBIH MEMAHAMI ILMU AGAMA supaya korang lebih jelas. Sebenarnya, habis sahaja solat maghrib kita disunnatkan membaca surah AL-KAHFI pada hari jumaat. Ini disebabkan, Rasulullah pernah bersabda dalam suatu hadis : Barangsiapa yang membaca surah AL-KAHFI pada hari jumaat, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya sehingga hari jumaat dua minggu seterusnya. 


Ok, pasal BACAAN TALKIN PADA LEPAS JENAZAH DIKEBUMIKAN ini juga dikategorikan sebagai bid'ah hasanah. Nak tahu kenapa? Sebab, pada zaman Rasulullah S.A.W dulu tidak pernah langsung diadakan majlis bacaan talkin selepas jenazah muslimin dikebumikan. TETAPI, bacaan ini sebenarnya ditujukan KHAS kepada mereka yang masih HIDUP


So, inilah serba sedikit ringkasan mengenai sesetengah ADAT yang telah menjadi IBADAT. Kalau hendak lagi faham dan jelas silalah rujuk kepada mana-mana USTAZ dan USTAZAH yang sememangnya lebih mendalam ilmu agamanya jika hendak dibandingkan dengan aku. INGAT, ini hanyalah sebahagian daripada kajian aku sahaja. Kalau ada salah minta diperbetulkan dan kalau ada kurang minta ditambahkan. Sebelum korang tutup blog aku ini, jom tengok video ini :





Semoga kita semua berada dalam keredhaan Allah S.W.T. Assalamualaikum and Chow. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...