Greetings

August 23, 2011

Semakin Bertambah? WOW!

Assalamualaikum and Hello! Apa khabar sekalian readers setelah seminggu tak hadap blog aku ni? Aku harap korang sihat ok. Alhamdulillah, semasa aku tengah menaip blog ni aku berada dalam keadaan sihat. aku tau x korang tal tanya pasal aku pun, saje je taip. heehee. Buat post aku yang terbaru ni, aku ingin HIGHLIGHTkan *bukan HIGHLIGHTER ok!* beberapa perkara yang berlaku sepanjang kehidupan aku dalam bulan RAMADHAN yang tak seberapa panjang ni. Well, ni adalah blog aku, suka hati aku la nak tulis apa pun. *HEHEHE* 




1. Waktu SAHUR - Time ni aku pantang lepas. Sebab time ni paling best untuk makan. Bangun pagi-pagi, lepas tu gosok gigi dan makan nasi. Dengan suasana yang aman beserta dengan tenang, aku pun dapat makan dengan tenang. Lepas makan and sementara nak tunggu azan subuh boleh baca al-Quran 2-3 helai. Lagipun sahur ni bagus, sebab ada sebuah hadis Rasulullah s.a.w iaitu "bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan." (sumber: e-hadith) Sadaqa Rasulullah.

2. Waktu BERPUASA - Time ni adalah time yang paling best yang pernah aku rasa sepanjang hidup aku dalam bulan RAMADHAN. Nak tahu sebab apa? Sebab time ni, aku boleh buat banyak perkara yang selain makan dan minum sahaja. Contohnya bila cuti, aku kemas rumah, lap tingkap, basuh bilah kipas meja, bukak laman web ini, dan bila time tak cuti lagi senang aku nak buat kerja yang lecterur bagi. Tak payah nak fikir sangat pasal makan. 

3. Waktu BERBUKA - Waktu ini adalah waktu aku yang paling lemah sekali. Sebabnya bila mak aku tengah memasak, bau masakannya membuat nafsu yang aku tengah perangi itu semakin kuat. Benda ini akan membuatkan aku rasa ingin keluar dari rumah sebentar dan balik semula bila nak azan maghrib. Tapi bila dah macam-macam makanan depan mata aku, aku ambil kurma tiga biji dan air masak je. Malas nak makan banyak-banyak sebab takut termuntah terkeluar balik apa yang aku makan bila solat maghrib. Lagi satu berbuka macam ini sebenarnya sunnah Rasulullah s.a.w. Apa, tak percaya? Cuba baca ini: Daripada Salman bin Amir Addabbi r.a daripada Nabi s.a.w bersabda: "Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci." (sumber yang sama) Sadaqa Rasulullah.




Ok, cukup. Korang perasan tak isi yang aku tulis kat atas ini KURANG berkait dengan tajuk post aku kali ini. ANDA TERKONO! HEHEHE Sebenarnya, yang atas tadi itu hanyalah pendahuluan a.k.a MUQADDIMAH. Perkara sebenar yang aku nak beritahu sikit je. tak banyak mana pun. Sebab tu la pendahuluan aku panjang lebar. hehehe Korang tahu tak apa yang dimaksudkan dengan semakin bertambah? Apa yang bertambah? Dan kenapa perlu ada penambahan? Soalan-soalan ini akan dijawab sebentar lagi. jeng jeng jeng

First, apa yang dimaksudkan dengan BERTAMBAH? Ok, menurut Kamus Pelajar ialah:

~ Menjadi lebih banyak/lebih besar. - edisi Kedua.
~ Menjadi lebih besar dan kuat - tak tau edisi ke berapa.
~ Mendapat atau memperoleh tambah - pun sama juga seperti diatas

Second, apa yang BERTAMBAH? Ha, jawapan dia senang je. Ianya adalah PAHALA. Bagi nak mengukuhkan jawapan aku, cuba korang baca ayat ini: 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” (pun berasal dari tempat yang sama) Sadaqa Rasulullah s.a.w.

And last question, kenapa perlu ada PENAMBAHAN? Sebab waktu  beginilah Allah membuka seluas-luasnya pintu syurga dan menutup serapat-rapatnya pintu neraka. Korang dah faham dengan apa yang aku nak sampaikan? Alhamdulillah. Aku harap korang berPUASA dengan PUASA yang SEBENAR. Ye la, aku yakin korang mesti tak nak SIA-SIAkan PUASA korang kan? Macam apa yang ayat ni beritahu: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” (sama seperti hadis-hadis sebelum ini). 

Ok, sebelum korang semua pergi meninggalkan blog ini selama seminggu, aku ada satu video khas untuk korang. Cer tgk, cer tgk. hehehe 


Semoga kalian berada dalam keredhaan dan kerahmatan Allah s.w.t. Assalamualaikum and Chow. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...